Ramai Hulur Sumbangan, Larian Kesyukuran Syed Saddiq Raih RM50,000 Hari Pertama

Semoga selamat sampai Muar, YB!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @syedsaddiq (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas dibebaskan daripada sabitan dan hukuman baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih untuk meraikan detik tersebut dengan cara yang cukup luar biasa

Bukan mengadakan majlis atau sambutan besar-besaran, beliau memulakan Misi Larian Kesyukuran sejauh lebih 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar sambil mengajak orang ramai sama-sama menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Apa yang lebih mengagumkan, misi tersebut berjaya mengumpul lebih RM50,000 hanya pada hari pertama.

Menurut laporan Berita Harian, larian selama empat hari itu menyasarkan kutipan sebanyak RM200,000, dengan dana yang diterima akan disalurkan menerusi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar bagi membantu pelbagai inisiatif kebajikan.

Dana untuk iPad mahasiswa & bakul makanan

Menurut Syed Saddiq, wang yang berjaya dikumpulkan bukan untuk dirinya, sebaliknya akan digunakan bagi membeli iPad kepada mahasiswa yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, selain menyediakan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Beliau sebelum ini memaklumkan larian tersebut adalah tanda kesyukuran selepas melalui perjalanan panjang mempertahankan nama dan maruahnya di mahkamah.

Sepanjang hari pertama larian, Syed Saddiq turut menerima sokongan luar biasa daripada orang ramai.

Siaran langsung di TikTok yang memaparkan perjalanan beliau menarik puluhan ribu tontonan serentak, malah ramai hadir di sepanjang laluan untuk memberikan semangat dan mengiringi beliau.

Misi itu bermula di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya dengan ditemani ahli keluarga dan akan diteruskan sehingga tiba di Muar selepas empat hari.

Bukan sekadar larian

Apa yang menjadikan misi tersebut lebih menarik perhatian ialah ia bukan sekadar cabaran fizikal sejauh lebih 170 kilometer.

Sebaliknya, Syed Saddiq menggunakan platform yang dimilikinya untuk mengumpul dana kebajikan sambil berkongsi perjalanan tersebut secara langsung di media sosial.

Dengan kutipan melebihi RM50,000 pada hari pertama, sasaran RM200,000 kini dilihat semakin hampir untuk dicapai sekiranya momentum sokongan orang ramai terus berkekalan.

Lihat video di bawah:

@syedsaddiq

Larian Kesyukuran Muar! Dari Istana Kehakiman Putrajaya ke Muar. Khamis-Ahad. Targeted Fundraising RM200,000 untuk beli Ipad untuk Mahasiswa & bakul makanan bagi mereka yang memerlukan❤️ (L1nk untuk sumbang di profile)

♬ original sound – Syed Saddiq – Syed Saddiq
@syedsaddiq

RM54,692 berjaya kita kumpul pada hari pertama Larian Kesyukuran Muar! 🥹 Dari Putrajaya ke Salak Tinggi, kemudian Labu…ramai menunggu di tepi jalan untuk beri semangat dan mendoakan kami. Sampai di Labu, saya terkejut melihat lautan manusia yang masih menunggu walaupun sudah malam. Saya yang berlari, tetapi anda semua yang menggerakkan perjalanan ini. Sasaran kita RM200,000 untuk Foodbank & iPad Muar. sumbang? Check B1o/Profile. This is only the beginning.

♬ original sound – Syed Saddiq – Syed Saddiq

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: