seismik

Bisnes 'Halalan Toyyiban' Ramly Burger Bakal Cecah Nilai Kutipan RM2 Bilion Setahun. Wow!

Cover image via havehalalwilltravel.com

Ramly Burger adalah satu nama yang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Sejak bertahun-tahun lamanya, produk Ramly amat digemari dan turut menjadi kebanggaan kita semua.

Image via insing.com.sg

Siapa tak kenal dengan jenama produk burger terbesar di Malaysia Ramly. Ramly telah berjaya menambat hati seluruh rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi. Ia juga merupakan salah satu jenama kegemaran negara.

Dan sehingga kini, Ramly masih lagi teguh berdiri. Bukan setakat masih wujud, Ramly nampaknya bakal berkembang lagi pada masa akan datang dan akan menjadi dua kali lebih besar daripada sebelum ini.

Nak tahu kenapa?

Ramly bakal membuka kilang paling besar terbaru di Pulau Indah, Selangor yang akan melonjakkan pendapatan mereka kepada RM2 bilion setahun!

Pengasas dan Pengarah Urusan, Datuk Ramly Mokni.

Image via dwnekonomi.dbp.my

Hasil perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baru di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018.

Fasa pertama kompleks itu yang dijadual siap akhir tahun depan, akan meluaskan kapasiti pengeluaran kepada 300 tan sehari berbanding 100 tan sekarang, kata Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Ramly Mokni.

Kapasiti itu akan ditingkatkan sebanyak 300 tan lagi selepas fasa kedua mula beroperasi.

bernama.com

Kilang terbaru ini akan dilengkapi dengan mesin automatik yang dijangka dapat membantu mencapai kemajuan dalam industri Halalan Toyyiban

Image via malaysia.my

Buat masa ini perkembangan bisnes adalah statik berikutan fasiliti sedia ada sedang berfungsi pada tahap maksima dan hanya dapat mengeksport produk ke Singapura, Thailand, Indonesia, Cambodia, Myanmar dan Bangladesh.

thevocket.com

Kapasiti pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehkan Kumpulan Ramly meningkatkan eksport ke rantau ASEAN. Timur Tengah, Eropah, Jepun, dan Korea, yang juga merupakan pelan peluasan syarikat.

Kompleks baru ini akan dilengkapi depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan.

bernama.com

Saiz Ramly Production Complex adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding kilang sedia ada di Batu Caves. Ia menelan kos sebanyak RM1 bilion dan dibina semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat.

Terdapat kira-kira 25,000 gerai burger di negara ini, dengan majoritinya menggunakan produk Ramly. Setiap gerai dianggarkan mampu mengutip RM2,000 hingga RM3,000 sebulan dalam usaha kasual mereka dengan Ramly.

Image via www.timeout.com

"Kilang itu bukan sahaja akan merealisasikan aspirasi usahawan Bumiputera seperti saya untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan menambah nilai eksport berlipat kali ganda, tetapi juga akan menjadi platform bagi persaingan sihat dengan produk yang sedia ada di pasaran dunia.

"Kami yakin amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada yang telah diiktiraf dari segi kualiti, akan dapat memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan oleh negara pengimport pasaran produk makanan halal bernilai tinggi di Eropah, Jepun, Korea, Timur Tengah dan lain-lain.

"Selain itu, kami juga akan membuka 400 lagi cawangan seperti Ramly Mart, yang menjual 50 jenis produk, dan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak," kata Datuk Ramly.

malaysiagazette.com

FUN FACT: Jenama Ramly ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Datuk Ramly dan isterinya, Datin Shala Siah Abdul Manap, yang terus mengetuai syarikat itu sehingga hari ini. Hebat!

Image via utusan.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi tentang Ramly Burger:

Bercakap tentang makanan, jom layan segala makanan dan minuman yang trending sepanjang 2015 DI SINI:

You may be interested in: