Pirate Coffee Dan 11 Lagi Minuman Dan Makanan Paling Trending Sepanjang 2015
Orang kita memang suka makan. Jadi tak hairanlah kalau setiap tahun ada makanan atau minuman baru yang muncul. Jom kita tengok senarai untuk tahun 2015.
1. Orang ramai sanggup beratur sampai 30 minit untuk dapatkan Pirate Coffee, dan Coffeeking. Satu cawan besar special harga baru RM5!
Walaupun budaya hipster cafe semakin mendapat perhatian, penangan kopi power yang dijual di tepi jalan tetap mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tak rugi bayar RM5 untuk dapatkan kopi cawan besar yang berkualiti dan lazat.
2. Nasi Kaya yang dijual pada harga RM3 SAHAJA oleh seorang lelaki kurang upaya di Manjoi, Perak
Disebabkan harganya yang sangat murah, ramai orang berpusu-pusu datang ke kedai Mohammad Farul yang merupakan sebuah khemah kecil terletak di tepi jalan di Jalan Pari, Manjoi Perak. Walaupun murah, portion yang diberi tetap banyak.
3. Minuman teh ais, sirap bandung, milo ais, dan macam-macam jenis air lagi dengan buih setinggi gunung sampai meleleh di Rambo Station, Bangi
Setakat minum air teh ais biasa mana cukup. Apa kata anda cuba pekena teh ais berbuih ni. Gerenti puas hati.
4. Ais krim tempurung kelapa. Mula-mula Sangkaya yang start, tapi makin lama makin ramai orang jual.
Tahun 2015 memang agak popular dengan ais krim. Sangkaya mengorak langkah dengan menghasilkan ais krim homemade perisa kelapa yang disediakan di dalam tempurung kelapa. Unik dan menarik!
5. Bukan setakat itu saja, Ais Krim Pasu turut mendapat perhatian orang ramai. Kalau salah tengok, memang nampak macam tanaman pokok.
Selepas tempurung kelapa, kita dapat lihat ais krim disediakan dalam pasu pula. Tak pernah terfikir pasu bunga boleh menjadi pengganti kepada cawan untuk hidangkan ais krim.
6. Ramai juga yang tak keruan dengan Ais Krim Gulung. Paling syok bila tengok cara ais krim ini dihasilkan yang tak sampai 3 minit. Lepas tengok mesti teringin nak try!
Fenomena ais krim diteruskan dengan Ais Krim Gulung yang begitu hangat diperkatakan. Popular di Langkawi, siapa-siapa yang singgah ke pulau ini mesti tak nak lepaskan peluang untuk rasainya sendiri.
7. Penduduk ibu kota urban telah mula mengamalkan pemakanan sihat dengan Healthy Lunch Box. Paling best, makanan ini boleh buat delivery!
Makanan sihat tak semestinya datang dengan harga yang mahal. Apa yang penting, makanan-makanan ini tak ada bahan pengawet, bahan tambahan, atau bahan yang diubah suai secara genetik.
8. Kalau dulu burger hanya warna oren atau coklat, tahun ini kita dapat tengok orang jual burger warna-warni yang nampak begitu segar!
Macam-macam warna ada. Kuning ada, merah ada, biru ada, hijau ada, ungu ada, pink ada, dan hitam pun ada. Pilih saja mana satu kesukaan anda.
9. Tak cukup satu perisa nasi? Kalau macam tu, anda mesti kena cuba Nasi 7 Benua dengan 7 aneka nasi berlainan rasa.
Terliur kan? Siapa-siapa yang teringin nak cuba boleh pergi ke Bayan Lepas, Pulau Pinang dan singgah di kedai Nasi 7 Benua di Stadium Sg Ara. Restoran ini memang ramai orang jadi pandai-pandailah cari tempat ya.
10. Bukan ke kita pernah cakap tahun 2015 memang sinonim dengan ais krim? Nah, ini lagi satu menu trending iaitu Ais Krim Berasap.
Beralih pula kepada ais krim yang lebih "atas". Ais krim berasap ini memang susah nak jumpa dan tak banyak dijual di merata tempat. Kalau nak cuba, boleh datang ke kedai Softsrve di Uptown Damansara.
11. Milkshake Meleleh dari Garage 51 di Petaling Jaya yang confirm buat orang terliur
Wow! Kalau datang ke kedai ni rasanya cukup kalau order minuman milkshake sahaja. Tengokkan pada gambar, kami yakin minuman ni mampu buat kami kenyang terus.
12. Food Truck, Food Truck, dan lebih banyak Food Truck
Makin lama makin banyak orang meniaga menggunakan konsep 'food truck'. Daripada makanan western sehingga ke Roti Benggali, segalanya boleh anda ditemui dijual di food trucks sekitar anda.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Layan lagi artikel di bawah atau boleh singgah di segmen saysmakan untuk lebih banyak makanan yang best!