seismik

Sila Ketepi Umat-Umat Raver Dan Hipster. 'Shafla Detura' Nak Lalu Dan Standby Tapau KL!

Adik-adik Raver dan Hipster, sila kunci diri dalam rumah masing-masing!

Cover image via SAYS

Kalau jangkaan Roland Emmerich (pengarah filem 2012) betul, rakyat Malaysia confirm rugi sebab tak sempat nak tengok epic battle diantara umat-umat Raver, Hipster dan Skinhead!

Image via makeagif.com

Semenjak peristiwa 13 Mei 1969 yang ramai orang kata ada parang dan keris terbang tu, rakyat Malaysia hidup aman damai dengan harga minyak yang ngam-ngam dan harga barang yang semakin murah.

Izinkan saya quote kata-kata berani dari Datuk Ahmad Maslan:

"Harga barang turun kerana GST. Saya nak cakap sekali lagi, harga barang boleh diturunkan kerana GST."

Keyakinan sebegini yang kita mahukan!

Tapi di sini kita bukan nak bercerita tentang harga barang murah dan peristiwa 13 Mei. Kita nak bercakap mengenai peristiwa Raver vs Hipster yang sedang hangat diperkatakan.

Bila nak episod 3?

Image via Facebook

Korang tak tahu apa itu Raver atau Hipster? Okay, korang kena layan dulu video kat bawah ni.

Umat Raver dan Hipster ni makin lama makin famous.

Tapi...

...tahukah anda populariti mereka yang sedang mencanak naik ini turut terkena tempias kepada lagi satu umat berlainan?

Mereka adalah...

SHAFLA DETURA!

Hai semua!

Image via YouTube

Kita tak tahu bila, tapi peristiwa yang lebih kurang sama akan berulang dengan kembalinya Shafla Detura dalam radar media sosial.

Kami terima sumber melalui WeChat yang kumpulan ni bakal reform dan nak lawan dengan adik-adik Raver dan Hipster. Fuuhh!

Wait... Siapa 'Shafla Detura' ni?

Kalau korang masih ingat sekitar tahun 2011, budaya tarian ‘seret-seret gesek kasut’ atau Shuffle sangat popular sehingga menjadi sumber pendapatan utama bagi taukey kasut slip-on pelbagai jenama apabila budaya ini meletus.

'Shafla Detura' ini merupakan salah satu post-shuffle group yang popular dua tahun lepas. Mereka mengamalkan tradisi shuffle berjemaah, sebijik macam kumpulan LMFAO.

Setiap hari aku bershuffle.

Image via tumblr.com

Ternyata, korang tak boleh samakan 'Shafla Detura' ini dengan budak-budak Raver dan Hipster. Perjuangan mereka ini 'ada isi'.

Hai lagi.

Image via YouTube

'Shafla Detura' bukan shuffle suka-suka dan bazirkan duit keluarga. Paling amazing, video-video group ini diterbitkan secara profesional oleh Insictech Musicland Sdn Bhd. Bukan tu je, mereka siap ada official page di YouTube dibawah username 'Lagu Kanak-Kanak' lagi. Memang power!

Lebih menarik, cuba korang hayati bait-bait lirik pada setiap klip video yang dihasilkan. Semuanya penuh dengan nasihat yang berguna, sesuai untuk dijadikan teladan untuk kanak-kanak di luar sana.

Image via YouTube

Tak percaya? Nah, korang boleh layan klip video paling hit dari 'Shafla Detura' yang berjudul 'Kerja Sekolah':

Dua tahun sudah berlalu. Kini, orang ramai dah mula rindu dan ternanti-nanti kemunculan semula 'Shafla Detura'.

Tak cukup dengan itu, kipas susah mati (die hard fans) 'Shafla Detura' ada yang sebak sambil berharap agar kumpulan ini melakukan comeback pada masa akan datang. Korang boleh baca sendiri kat komen YouTube dorang.

So geng Raver dan Hipster, be very very veryyyyyyyyy SCARED!

Image via popkey.co

They are coming for you!

Saya dengar, 'Shafla Detura' ini adalah kumpulan adik-beradik. Tak tahulah betul ke tak.

SD - Shafla Detura.

Image via YouTube

Bagi siapa-siapa yang rindu pada mereka, jangan lupa saksikan koleksi video mereka yang lebih laris daripada CD Too Phat Plan B tahun 2004! Sini saya bagi lagi 10 link untuk video mereka:

1) Hikayat Shuffle
2) Badut
3) Laili Tamplong
4) Hujan
5) Jump Style
6) Henfon
7) Ukulele
8) Lequid
9) Kakatua
10) Track Slow Motion

Selamat menonton!

PS: 'Detura' adalah singkatan daripada 'Desa Tun Razak'.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak tahu lebih lanjut tentang Raver dan Hipster? BACA SINI: