seismik

Rebut Peluang & Menangi RM100,000 Dengan Hanya 'Gigit' Coklat 6 Bulan

Tak susah untuk menang hanya perlu beli produk Chocodap’s.

Cover image via Chocodap's

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ganjaran hadiah bernilai RM100,000 menanti untuk dimenangi tahun ini ditawarkan jenama coklat tempatan, Chocodap’s

Ia direalisasikan menerusi kempen Grand Rewards Chocodap's yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan antaranya motosikal, telefon pintar termasuk barang kemas untuk dimenangi.

Bukan itu sahaja, kempen berkenaan juga bakal menyaksikan 10 pemenang bertuah bakal membawa pulang RM1,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM10,000.

Penyertaan kempen yang bermula bulan ini hingga Jun depan terbuka kepada seluruh ejen, dropship termasuk pelanggan.

Syaratnya, ejen, dropship atau pelanggan hanya perlu melakukan pembelian coklat keluaran Chocodap’s terutama produk terbaru iaitu ‘Milk Chocolate Mini Bites’.

Image via Chocodap's

Tak susah untuk menang hanya perlu beli produk Chocodap’s

Pengasasnya, May Sarah Nadiah Meor Mohamad dan Mohamad Farhan Bin Mohamad Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menekankan, kempen ini sebagai inisiatif penghargaan kepada ejen dan dropship jenama itu.

“Tak susah untuk menang. Hanya perlu beli produk Chocodap’s, siapa tahu hadiah lumayan mungkin bakal jadi milik anda.

“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan peluang pendaftaran dropship secara percuma.

“Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang kami di www.chocodaps.com. Syarat dan terma boleh dirujuk di halaman berkenaan,” jelas pasangan suami isteri itu.

Image via Chocodap's

Dalam pada itu, mereka menambah, kempen ini merupakan anjuran kali ketiga sejak penubuhan syarikat.

Bezanya tempoh kempen kali ini dipendekkan ke enam bulan sahaja berbanding 12 bulan.

Hingga kini, syarikat ini memiliki lebih 55,000 agen dan 'dropship' berdaftar dengan dua gudang serta dibantu oleh 40 orang kakitangan.

Jenama yang diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World's First Halal BestBrand E-Branding Award 2020 ini berasal daripada gabungan 'chocolate' dan 'sedap' dan legasinya bermula sejak 2015.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: