seismik

"Tinggal Kenangan" - Telefon Pintar BlackBerry Kini Sah Secara Rasmi Tamatkan Operasinya

Jenama ini dilaporkan secara rasmi berhenti menawarkan sokongan dan servis bermula 4 Januari 2022.

Cover image via Times News & CDN Pocket Lint

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa sangka model telefon Blackberry yang pernah menjadi 'fenomena' suatu ketika dahulu kini sudah menamatkan perkhidmatan dan servisnya kepada pengguna

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bhutan News

Bagi mereka yang membesar pada zaman 2000-an dan ke atas, telefon BlackBerry inilah menjadi rebutan dan idaman kepada golongan muda ketika itu.

Manakan tidak, BlackBerry menyediakan aplikasi khas iaitu BBM atau BlackBerry Messenger di mana hanya pengguna mereka sahaja dapat menggunakannya. Malah, papan kekunci QWERTY mereka juga antara yang menjadi tumpuan.

Sebelum wujudnya pelbagai model telefon pintar versi sentuhan skrin seperti sekarang, BlackBerry inilah yang pertama memperkenalkan kita dengan telefon pintar. Siapa yang sempat menggunakan Blackberry ini anda dikira bertuah kerana pernah berada dalam lipatan sejarah.

Secara rasmi berhenti menawarkan perkhidmatan sokongan dan servis bermula 4 Januari 2022

Menurut kenyataan Blackberry yang dikemaskini pada 22 Disember lalu, servis untuk legasi BlackBerry 7.1 OS dan sebelumnya, software BlackBerry 10, BlackBerry PlayBook OS 2.1 dan sebelumnya tidak akan tersedia selepas 4 Januari 2022.

“Selepas tarikh ini, peranti-peranti yang menggunakan servis dan software tersenarai sudah tidak lagi berfungsi walaupun menggunakan sambungan Wi-Fi. Pemberhentian servis ini termasuk untuk penggunaan data, panggilan telefon, SMS dan panggilan kecemasan,” jelas syarikat tersebut.

BlackBerry juga menyatakan bahawa perkhidmatan lain turut ditamatkan seperti BlackBerry Messenger (BBM) Consumer, BlackBerry email, BlackBerry ID, BlackBerry Protect dan lain-lain.

Begitupun, peranti Blackberry yang menggunakan OS Android masih boleh digunakan. Antara peranti tersebut adalah BlackBerry Priv, BlackBerry KEYone dan BlackBerry KEY2.

Sebagai rekod, BlackBerry dilahirkan oleh syarikat Research In Motion, yang ditubuhkan pada tahun 1996. Penggunaan papan kekunci penuh dan BBM menjadikan populariti BlackBerry meningkat di seluruh dunia ketika itu.

Selamat tinggal BlackBerry, jasa dan kenanganmu ketika zaman kegemilangan penggunaan BBM sangatlah dihargai :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: