"Hospital Minta Balik Rumah" - Wanita Ini Harungi Detik Cemas Kena Bersalin Dalam Kereta
Wanita berkenaan difahamkan sudah merayu untuk terus berada di wad kerana kediamannya di Sungai Ara, Bayan Lepas, agak jauh dari hospital.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Proses kelahiran adalah situasi yang mencemaskan dua nyawa iaitu ibu dan bayi
Kerap kali wanita hamil dinasihatkan perlu ke hospital sekiranya sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin.
Namun, lain pula halnya yang berlaku di Pulau Pinang. Seorang ibu terpaksa melahirkan bayinya di dalam kereta gara-gara tidak sempat sampai ke hospital semula.
Dalam satu posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook Penangku Viral, wanita berkenaan terdahulu pergi ke sebuah hospital kerajaan kerana sudah mempunyai tanda-tanda bersalin pada pukul 11.00 pagi.
Bagaimanapun, dia diminta pulang pada pukul 3.45 petang kerana diberitahu masa bersalin belum tiba kerana bukaan ketika itu hanya 2 sentimeter (cm).
Wanita berkenaan juga difahamkan sudah merayu untuk terus berada di wad kerana kediamannya di Sungai Ara, Bayan Lepas, agak jauh dari hospital.
Terpaksa melahirkan bayi di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital semula
Rayuannya itu dipercayai tidak dipertimbangkan menyebabkan wanita tersebut terpaksa pulang ke rumah selepas mengharungi kesesakan trafik selama sejam dan tiba pada pukul 5.15 petang.
Walau bagaimanapun, pada pukul 7.00 malam, dia mengalami turun darah yang banyak dan terpaksa bergegas ke hospital itu semula yang akan mengambil masa 50 minit hingga 1 jam 20 minit mengikut aplikasi Waze berikutan waktu puncak.
Wanita tersebut bagaimanapun akhirnya telah melahirkan bayi di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital sebelum dibawa suaminya ke hospital swasta terdekat.
Untuk pengetahuan semua, proses kelahiran yang tidak dipantau kakitangan terlatih dan bertauliah adalah berbahaya.
Ia mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko seperti tumpah darah, bayi lemas, jangkitan kuman dan sebagainya.
Lihat posting penuh mengenai wanita berkenaan di bawah:
Syukur Alhamdulllilah apa-apa pun wanita ini dah selamat bersalin, semoga urusan kakak ini dipermudahkan dan bayi yang dilahirkannya sihat tubuh badan :)