Rebut Tawaran Sehingga RM1.5 Juta Bersama LBS Fabulous Extraaaa 2023
Jom jadikan sambutan raya anda tahun ini lebih indah.
Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan tawaran eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi menerusi kempen ‘LBS Fabulous Extraaaa 2023’
Lebih menarik, pembeli rumah bagi mana-mana projek penyertaan LBS dari 1 April hingga 31 Mei 2023 berpeluang membawa duit raya ekstra bernilai RM480,000 sekali gus menikmati enam tawaran ‘extraaaa deals’ seperti pakej kelengkapan perabot, ganjaran keahlian, yuran guaman percuma, skim bayaran fleksi, tiada caj pembatalan, dan yuran tempahan rendah.
Bukan itu sahaja, kempen ini juga memberi peluang kepada orang ramai memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM1.5 juta, dan menjadikan sambutan raya tahun ini lebih indah.
Sekali gus menikmati enam hadiah ekstra sempena raya ini, anda hanya perlu menyertai peraduan-peraduan dalam talian menarik yang dianjurkan oleh LBS.
Peraduan Pemberian Rezeki Ekstra Raya
Anda hanya perlu merakam video kreatif dan unik tentang “Kisah Rezeki Ekstra Saya” bermula 17 April sehingga 31 Mei 2023.
Berikut langkah mudah untuk menyertai peraduan ini:
1. ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ akaun rasmi Facebook, Instagram dan Youtube LBS serta rakan kongsi, Ogawa Malaysia
2. Lihat dan kira jumlah bilangan paparan logo kempen dalam video rasmi LBS raya di YouTube atau Facebook
3. Kongsikan jawapan anda di bahagian komen dan tag tiga profil keluarga atau rakan anda di Facebook, Instagram atau Youtube berserta hashtag #LBSBinaGroup #LBSBinaContest #RezekiEkstraRaya dan komen ‘DONE’ di bahagian komen video.
4. Seterusnya, rakam video kreatif tentang ‘Kisah Rezeki Ekstra Saya’ semasa Hari Raya Aidilfitri 2023 dan hantarkan video menerusi “Borang Penyerahan” peraduan di pautan ini.
5. Durasi video tidak boleh melebihi satu minit dan mestilah berkisarkan tentang rezeki ekstra peserta serta bagaimana mereka cara mereka kongsikan dengan orang lain.
Video yang paling kreatif dengan jawapan yang betul serta penyerahan yang lengkap bakal dipilih menjadi pemenang utama berupa sebuah kerusi urut OGAWA bernilai RM 8,999.
Tonton video raya rasmi LBS dan sertai peraduan Pemberian Rezeki Ekstra Raya pada tarikh ditetapkan.
Extra Tuah Challenge
1. Layari laman sesawang LBS www.raikanrezeki.lbs.com.my atau klik pautan yang disediakan untuk memulakan permainan.
2. “Tuah” akan terbang untuk menangkap produk rakan kongsi LBS iaitu OGAWA dan duit raya LBS.
3. “Tuah” akan mengumpul barang-barang yang dipaparkan dalam permainan
4. Kemudian, serahkan skor tertinggi anda dengan butiran peribadi untuk dihubungi pihak LBS
Pemenang akan dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diserahkan dalam tempoh ditetapkan.
Cabaran Raya Ekstra TikTok
Rakam video menari anda menggunakan ‘filter’ LBS bermula 1 April hingga 31 Mei 2023 di Tiktok LBS.
Ikut arahan berikut untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini:
1. Pakai baju raya dan sedia untuk menari. .
2. Mulakan tarian kreatif anda dengan menggunakan filter – LBS Raya Ekstra – apabila kiraan detik pada ‘filter’ muncul.
3. Muat naik video tersebut di Tiktok dengan kapsyen:‘“Mengapa anda mahu memenangi cabaran tarian bersama LBS..’
4. Pastikan akaun anda dalam tetapan umum dan tag @lbsbinagroup @ogawamalaysia serta hashtag #RayaEkstraTikTokChallenge #lbsbinacontest
5. Jemput keluarga atau rakan anda untuk menari bersama.
Pemenang akan dipilih berdasarkan tarian paling kreatif dan mempunyai “Like” dan tontonan terbanyak serta jawapan yang paling kreatif.
Pemenang akan dinilai berdasarkan tarian dan jawapan paling kreatif serta mempunyai jumlah “Like” dan tontonan terbanyak.
Untuk maklumat lanjut, layari http://raikanrezeki.lbs.com.my atau laman media sosial LBS di Facebook, YouTube dan Tiktok.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!