seismik

Remaja Di Ireland Alami Tekanan Mental, Didera Secara Seksual Oleh Psychiatrist Malaysia

Difahamkan, netizen di Malaysia turut menyerang akaun Instagram milik Dr Halina selepas kes tersebut tular.

Cover image via Sunday World

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai seorang pakar psikiatri kanak-kanak warga Malaysia dipenjara lapan tahun enam bulan kerana menjalankan aktiviti child grooming dan mendera remaja perempuan warga Ireland

Apa yang menjadi bualan hangat ramai adalah apabila suspek rupa-rupanya dikatakan adik kepada Dr Halina Mohd Yunos.

Ekoran itu, ramai netizen Malaysia telah menyerang akaun Instagram Dr Halina kerana mendakwa dia terlibat menjadi testimoni dan menulis surat sokongan terhadap kes adiknya itu.

Suspek, Amirul Arif Mohd Yunos

Image via Irish Independent

Menurut laporan Irish Independent, suspek yang dikenali sebagai Amirul Arif Mohd Yunos itu mengaku bersalah atas selepas didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di tempat kerjanya iaitu pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin tahun lepas.

Di samping itu, Amirul turut didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak bawah 17 tahun, eksploitasi seksual kanak-kanak serta pertuduhan mengadakan pertemuan dengan kanak-kanak untuk tujuan seksual.

Amirul mengaku salah atas enam pertuduhan tersebut dan kini berada dalam tahanan berkaitan kesalahan berkenaan sejak 14 bulan lalu.

Mangsa dikatakan mengalami tekanan mental ketara secara berterusan dan ada cubaan membunuh diri tiga minggu lalu

Difahamkan, penderaan bermula dengan sentuhan yang tidak wajar, kemudian beralih ke seks oral. Kesalahan itu berlaku di beberapa tempat yang berbeza seperti di dalam kereta, rumah pelaku, rumah mangsa dan di tempat kerjanya.

Amirul didakwa menawarkan 2,000 Euro kepada mangsa sebagai pampasan atas jenayahnya. Perbuatan tersebut dilihat sebagai 'penghinaan terbesar' oleh ibu bapanya.

Dr Halina didakwa turut menghantar surat testimoni terhadap mahkamah

Dr Halina Mohd Yunos

Image via Sunway Medical Centre

Pada minggu lalu, mahkamah diberitahu tentang testimoni daripada keluarga Amirul di Malaysia dan juga di Ireland. Ia termasuk daripada isteri, kakak, bapa dan bapa mentuanya di Malaysia. Kakak dan abang iparnya yang menetap di Ireland juga menyokongnya di mahkamah, begitu juga ibunya yang bertolak dari Malaysia.

Lantaran itu, Amirul akan dibebaskan dalam masa kurang dari lima tahun. Dia kemudiannya akan dihantar pulang ke Malaysia.

Menurut Hakim Crowe, mahkamah menetapkan hukuman awal 12 tahun penjara. Hukuman tersebut turut mengambil kira faktor mitigasi termasuk pengakuan bersalah awal, ketiadaan rekod jenayah terdahulu dan penyesalan yang ditunjukkan oleh tertuduh.

Sementara itu, ini antara komen netizen Malaysia:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: