Remaja Umur 19 Tahun Tekad Wasiatkan Harta RM12 Juta Miliknya Kepada Rakan Baik

Difahamkan, ibu bapanya sudah bercerai dan masing-masing telah berkahwin semula di samping sudah mewariskan harta kepadanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KY n` PARTNER & SCC

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar berusia 19 tahun mencetuskan perdebatan dalam talian selepas membuat wasiat menyerahkan seluruh harta kekayaan peribadinya bernilai 20 juta yuan (kira-kira RM12.6 juta) kepada rakan baiknya sejak kecil

Menerusi laporan South China Morning Post, remaja dari Shanghai yang hanya mahu dikenali sebagai Li ini baru-baru ini telah membuat wasiat mewariskan semua harta atas namanya termasuk apartmen dan wang simpanan bernilai jutaan yuan kepada rakannya itu.

Menurut Li, ibu bapanya sudah bercerai dan masing-masing telah berkahwin semula di samping sudah mewariskan harta kepadanya.

Bagaimanapun, Li mendakwa kedua-dua ibu bapanya tidak banyak meluangkan masa bersamanya sehingga menyebabkan dia berasa semakin jauh dan asing.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via SCMP

RIsiko nyawa dalam sukan ekstrem jadi antara punca utama keputusan dilakukan

Li yang meminati sukan ekstrem berkata, dia sering melakukan aktiviti yang mempunyai risiko tinggi dan menyedari nyawanya mungkin terdedah kepada bahaya.

Dan sebab itu, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepadanya, Li tidak mahu harta berkenaan diwarisi pasangan baharu ibu bapanya yang dianggapnya sebagai orang asing.

Dia kemudian lebih memilih untuk menamakan rakan zaman kanak-kanak yang dipercayai serta membesar bersamanya sebagai pewaris tunggal.

Mengikut Undang-Undang Pewarisan China, pasangan, anak dan ibu bapa adalah golongan pertama yang mempunyai hak untuk menerima harta pusaka.

Ini bermakna sekiranya ibu bapa Li mewarisi hartanya, pasangan baharu mereka juga berpotensi menikmati hak penggunaan atau pewarisan harta itu pada masa hadapan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via SCMP

Undang-undang baharu benarkan tindakannya

Bagaimanapun, undang-undang terbaharu China turut membenarkan seseorang membuat wasiat untuk mendermakan harta peribadi mereka kepada negara atau organisasi, selain menyerahkannya kepada individu lain yang bukan pewaris berkanun.

Li kemudian mengunjungi pejabat Pusat Pendaftaran Wasiat China di Shanghai bagi mendapatkan pengesahan terhadap wasiat yang dibuatnya.

Menurut pengurus pejabat berkenaan, Huang Haibo, rakan zaman kanak-kanak Li perlu menerima wasiat itu secara sah dalam tempoh 60 hari. Jika gagal berbuat demikian, dia dianggap menolak hak untuk mewarisi harta berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik