Renew Insurans Sambil Menderma, Bjak.my Ambil Inisiatif Lancar Tabung Untuk Mangsa Banjir
Inilah masanya untuk anda memperbaharui insurans kenderaan anda sambil beramal.
Umum sedia maklum, cuaca buruk yang melanda negara sejak akhir-akhir ini telah mengakibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dinaiki air dan banjir
Memahami keadaan yang dialami oleh mangsa banjir, Bjak.my telah mengambil iniasiatif dengan melancarkan tabung Bjak Kasih bagi membantu ribuan mangsa banjir di beberapa buah negeri terjejas.
Syarikat teknologi berstatus MSC ini memaklumkan tabung itu ditubuhkan selepas melihat situasi banjir yang semakin kritikal khususnya di Pahang, Johor dan Terengganu yang bermula sejak penghujung tahun lalu.
Menurut Pegawai Perhubungan Korporat Bjak.my, Amierul Nasir, atas rasa tanggungjawab dan empati, Bjak.my mengambil inisiatif membuka tabung derma untuk sama-sama menggalakkan rakyat Malaysia khususnya pengguna Bjak.my membantu mangsa-mangsa banjir.
Renew insurans kenderaan di Bjak.my sambil menderma kepada mangsa banjir
Untuk menderma ke tabung ini, anda boleh menyalurkannya ketika memperbaharui insurans kenderaan di platform Bjak.my dengan menekan pautan yang disediakan. Caranya mudah saja, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
- Dapatkan quotation insurans kenderaan anda di Bjak.my
- Isi jumlah sumbangan sebelum anda daftar keluar
- Terima polisi insurans dan slip sumbangan anda
Difahamkan pada setiap ringgit yang disumbangkan oleh pelanggan Bjak.my, syarikat ini akan menggandakan dengan jumlah yang sama. Dalam erti kata lain, lebih banyak pengguna yang memperbaharui insurans di Bjak.my, makin lebih banyak sumbangan yang dibuat Bjak.my buat mangsa banjir.
Tabung Bjak Kasih akan dibuka bermula 15 Januari ini dan tamat sehingga 31
Januari 11.59 malam. Bjak.my menyasarkan jumlah RM1 juta hasil daripada kutipan tabung ini.
Hasil sumbangan wang akan disalurkan kepada mangsa banjir pada kadar segera kira-kira pertengahan Februari.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama meringankan beban & bantu mereka yang memerlukan sekarang!