9 Resipi 'Dessert' Durian Yang Sangat Senang & Enak Anda Boleh Buat Sekarang
Resipi #6 Aiskrim Durian menggunakan 5 bahan saja!
1. Pengat Durian
Kalau ada durian berlebihan, pengat durian adalah salah satu dessert yang paling senang untuk dibuat. Dengan menggunakan 6 bahan saja iaitu durian, gula melaka, santan, daun pandan, gula dan air, anda boleh membuat dessert ini dalam masa 30 minit sahaja . Memang senang untuk dibuat dan enak untuk dimakan.
Dapatkan resipi Pengat Durian di sini.
3. Durian Pancake
Resipi Durian Pancake ini memang best untuk mendapatkan anda durian crepe yang sangat gebu dan inti durian yang memang best. Dengan menggunakan resipi ini, anda sentiasa akan dapat menghasilkan Durian Pancake yang konsisten dan enak, seakan-akan dibeli di kedai.
Dapatkan resipi penuh Durian Pancake di sini.
5. Lempuk Durian
Dengan hanya menggunakan 4 bahan, memang senang untuk membuat Lempuk Durian ini. Anda boleh memakan lempuk durian ini bersama pelbagai makanan seperti roti putih, pancakes, roti jala dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh menyimpan hidangan ini untuk masa yang lama sekali untuk dimakan pada masa depan.
Dapatkan resipi penuh Lempuk Durian di sini.
7. Jem Durian Bonda
Memang jarang orang buat Jem durian, tapi hidangan ini memang sedap dimakan dengan roti, biskut dan lain-lain. Senang untuk dibuat, anda hanya memerlukan 6 bahan untuk membuat resipi ini, iaitu isi durian, gula pasir, air, garam, mentega dan daun pandan.
Dapatkan resipi penuh Jem Durian Bonda di sini.
8. Kuih Bunga Durian
Juga dikenali sebagai kuih loyang ataupun kuih bunga ros, biskut tradisional ini memang senang untuk dibuat dan juga merupakan pilihan favourite orang untuk dihidangkan kepada tetamu untuk minum petang dan untuk membuat rumah terbuka.
Dapatkan resipi penuh Kuih Bunga Durian di sini.
9. Kuih Bakar Durian
Berasal dari utara semenanjung Malaysia, kuih ini juga dikenali sebagai bengkang durian. Anda memang akan puas dengan membuat Kuih Bakar Durian menggunakan resipi ini, kerana dapat menghasilkan kuih yang harum, lembut dan tidak terlalu manis!
Dapatkan resipi penuh Kuih Bakar Durian di sini.