Anda Mesti Cuba Indomie Pizza Yang Menangkap Selera Ini 'At Least' Sekali Dalam Hidup Anda
Tak sangka pula mi segera boleh 'convert' menjadi pizza.
Baru kami tahu begini rupanya makanan kegemaran rakan-rakan sekerja kami di SAYS Indonesia, terutamanya sewaktu bajet kekurangan di pertengahan bulan
Inilah dia Indomie Pizza! Rekaan genius ini bukan saja teramat sedap tetapi juga sangat senang dibuat!
Ikuti cara-cara membuat Indomie Pizza menerusi video ini:
Bahan-bahan:
- 2 peket Indomie
- 3 biji telur
- Sos pasta
- Keju
- Sosej (sudah dimasak)
- Daging cincang (sudah dimasak)
- Minyak
Cara-cara:
1. Gaul telur bersama perencah Indomie.
2. Rebus Indomie.
3. Keringkan dan biar sejuk.
4. Gaul Indomie yang direbus bersama telur yang digaul tadi.
5. Panaskan minyak dan tuang campuran Indomie ke dalam kuali.
6. Leperkan dan masak sehingga perang.
7. Terbalikkan dan masak sehingga perang.
8. Keluarkan daripada kuali dan tambahkan ke atasnya sos pasta, keju, sosej, dan daging cincang.
9. Panaskan di dalam microwave selama 5 minit.
10. Hidang!
Topping boleh diubah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Untuk keju pula, anda boleh menggunakan Mozarella ataupun Cheddar.
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!