Resort Ikonik Club Med Cherating Tutup Sementara Selepas 47 Tahun, Ini Sebabnya

Destinasi percutian pantai yang popular ini telah menerima kunjungan pelancong sejak tahun 1979.

Cover ImageCover image via Club Med Cherating

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Salah sebuah resort pantai terkenal di Malaysia, Club Med Cherating akan ditutup sementara bagi persediaan untuk menjalani pengubahsuaian besar-besaran

Terletak di sepanjang pantai Pahang, resort yang menawarkan pakej lengkap (all-inclusive) ini telah ditutup sementara mulai 11 Oktober 2026 bagi kerja-kerja pengubahsuaian secara menyeluruh, menurut jurucakap resort tersebut.

Resort ini dijangka menjalani proses transformasi selama dua tahun, dengan perancangan untuk memperkenalkan pengalaman baharu yang lebih segar sambil mengekalkan persekitaran semula jadi yang menjadikannya destinasi percutian popular.

SAYS.com
Image via Club Med Cherating

Resort yang mula dibuka pada tahun 1979 ini merupakan hartanah pertama Club Med di Asia

Terletak di kawasan hutan terpelihara seluas lebih 80 hektar, ia menawarkan pelbagai aktiviti pantai, pengalaman alam semula jadi dan pengembaraan yang sesuai untuk tetamu seisi keluarga.

Menurut Club Med, transformasi yang bakal dilaksanakan akan terus mengambil inspirasi daripada elemen-elemen ikonik resort tersebut, termasuk alam semula jadi, pengembaraan, eratkan hubungan dan penemuan baharu.

Para pengunjung boleh menantikan wajah baharu resort ini yang menampilkan pengalaman segar apabila ia dibuka semula kelak. Walau bagaimanapun, tarikh sebenar pembukaan semula masih belum disahkan.

SAYS.com
Image via Club Med Cherating

Resort yang telah menerima kunjungan tetamu selama lebih daripada 40 tahun

Sepanjang beberapa dekad yang lalu, Club Med Cherating telah menjadi destinasi pilihan bagi keluarga dan pelancong yang ingin menikmati percutian tropika.

Selain lokasinya yang terletak di tepi pantai, resort ini terkenal dengan pelbagai aktiviti luar termasuk memanah, sukan air, memanjat tebing dan aktiviti menyusuri denai alam semula jadi.

Ia juga mempromosikan biodiversiti dan usaha pemuliharaan melalui pelbagai inisiatif, seperti aktiviti penerokaan hidupan liar dan program kesedaran pemuliharaan penyu.

Projek pengubahsuaian yang bakal dijalankan menandakan satu lembaran baharu bagi resort ini, dengan matlamat untuk menyegarkan lagi tawaran perkhidmatannya sambil mengekalkan hubungan harmoni dengan kawasan hutan hujan di sekelilingnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: