seismik

Restoran Baru Ini Hidangkan 'Roast Fish' Halal Pertama Di PJ. Lain Macam Sedap Dia!

Konsep baru daripada restoran popular Shell Out ini kini boleh dicuba di Kota Damansara.

Cover image via ShellFish

Restoran ShellFish yang baru sahaja dibuka ini menyajikan cara baru untuk nikmati makanan laut, khas untuk anda yang gemarkan seafood!

Image via ShellFish

Bertempat di Kota Damansara, restoran ini merupakan idea baru oleh restoran seafood popular Shell Out

Image via ShellFish

Jika Shell Out terkenal dengan hidangan makanan laut American-style, konsep baru yang diketengahkan di ShellFish pula lebih kepada masakan Asia dengan hidangan istimewanya, Roast Fish.

Image via SAYS

Hidangan yang mengambil inspirasi daripada masakan Szechuan ini disediakan dengan ramuan halal di ShellFish supaya mudah untuk dinikmati semua

Image via ShellFish

Anda boleh mengubahsuai set Roast Fish anda mengikut jenis ikan dan pilihan sup yang diingini

Image via ShellFish

Sup Sour Way mempunyai rasa seakan-akan asam pedas dan dimasak bersama bendi, cendawan, dan tomato. Untuk anda yang sukakan sup yang berkrim sedikit, cubalah sup Milky Way yang mendapat perisa uniknya daripada gabungan rempah, herba dan susu sejat.

Image via SAYS

Pilihan ikan segar yang disediakan di sini termasuklah senangin, siakap, kerapu, ikan merah, dan tilapia.

Yang menariknya, ikan di sini dibakar on the spot di meja anda sebelum direneh di dalam sup yang dipilih!

Image via ShellFish

Di samping memberikan tekstur yang sedikit rangup, teknik bakar ini memberikan extra flavour kepada ikan tersebut. First time kami rasa ikan macam ni!

Set-set di sini dilengkapkan lagi dengan pelbagai jenis seafood seperti udang, sotong, kupang, dan scallops. Perfect untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan!

Image via SAYS

Dah ready nak cuba? Dapatkan info mengenai Restoran ShellFish di sini:

Image via SAYS

Alamat: No. 27-1, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya

Waktu Operasi:
11.30 pagi - 10 malam (Ahad - Khamis)
11.30 pagi - 11 malam (Jumaat - Sabtu)

No. Telefon: +6011 2628 4618

Maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Jangan lupa untuk cuba banyak lagi hidangan seafood menarik di sini:

Nak masak sendiri di rumah pun boleh!

You may be interested in: