[GIVEAWAY] Menangi Baucar Makan Restoran 'Western' Terbaru Di PJ Ini!
Rebut peluang anda untuk mencuba pasta, pizza dan pelbagai minuman istimewa di Sunny Queen.
Jika begitu, sudah tiba masanya untuk anda kunjungi restoran terbaru di Sunway Pyramid iaitu Sunny Queen!
Berasal dari Taiwan, cawangan pertama di Malaysia ini menghidangkan masakan Itali berkualiti dalam suasana penuh keceriaan
1. Pelbagai jenis pasta
Hidangan pasta menjadi menu utama di restoran ini, dan setiap sajian menggunakan bahan-bahan berkualiti untuk memastikan rasa yang memuaskan. Squid Ink Cuttlefish Spaghetti ini merupakan antara pilihan popular di sini, dengan rasanya yang unik.
Mentaiko Shrimp Spaghetti juga antara hidangan terlaris di Sunny Queen. Spaghetti al dente yang ditumis dengan udang dan telur ikan ini sesuai untuk anda yang inginkan sedikit perisa Asia.
Salmon Carbonara di sini turut diminati ramai! Pasta ini dimasak dengan mustard sauce, di mana perisanya yang sedikit pedas melengkapkan lagi kuah berkrim ini.
2. Seafood Pesto Risotto
Menu masakan Itali di sini turut merangkumi pilihan risotto yang menarik. Dengan gabungan pelbagai jenis makanan laut yang dimasak dengan sos pesto hijau penuh berperisa, tidak hairanlah mengapa Seafood Pesto Risotto ini menjadi kewajipan bagi para peminat seafood yang berkunjung ke restoran ini.
3. Dancing Queen
HIdangan ayam panggang yang diberi nama Dancing Queen ini merupakan signature dish di sini! Diperap dengan campuran rempah dan herba istimewa selama 48 jam, hidangan ini sesuai dikongsi seisi keluarga atau bersama rakan-rakan.
Nota: Anda disyorkan menempah hidangan Dancing Queen ini sehari sebelum ingin berkunjung ke restoran.
4. Walnut & Chocolate Banana Pizza
Pizza manis ini dicipta khas untuk anda yang sukakan desserts unik! Nikmati gabungan marshmallow, pisang dan kacang walnut yang dilengkapkan lagi dengan sos coklat.
Pilihan minuman di sini juga ternyata lain dari yang lain, terutamanya dengan smoothies buah-buahan yang mencuri perhatian
Minuman menyegarkan seperti I Am Melon (kanan) dan I Am Watermelon (kiri) dihidangkan di dalam kulit buah itu sendiri untuk sedikit kelainan. Memang Insta-friendly!
Menu yang disediakan di Sunny Queen adalah pork-free dan alcohol-free, khas untuk santapan semua
Walaupun masih belum mempunyai sijil halal buat masa sekarang, Sunny Queen Malaysia menggunakan bahan-bahan mentah daripada pembekal halal sahaja.
Rekaan dalamannya yang comel juga pasti digemari anak-anak kecil, dan sesuai digunakan sebagai venue untuk pelbagai jenis majlis seperti hari jadi, baby shower dan sebagainya
Sempena pembukaan restorannya, Sunny Queen ingin menghadiahkan voucher RM50 kepada 10 pemenang bertuah! Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk rebut peluang anda:
Cara penyertaan:
1. LIKE Facebook Seismik Makan dan Facebook Sunny Queen.
2. Komen hidangan Sunny Queen mana satu yang ingin anda cuba dan mengapa di Facebook post ini.
3. Tag 5 rakan Facebook di dalam komen anda.
Tarikh tutup peraduan ialah 11.59 malam pada 16 Januari 2018 (Selasa). 10 pemenang bertuah akan dihubungi melalui Facebook!
Terma & syarat:
- Baucar tidak sah digunakan dengan baucar lain atau promosi lain.
- Hanya satu (1) baucar boleh digunakan dalam satu (1) resit.
- Baucar hanya sah digunakan untuk kumpulan sebesar dua (2) orang dan ke atas.
- Baucar tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Jika nilai penuh baucar tidak digunakan, tiada bayaran balik wang tunai akan diberikan.
- Sunny Queen berhak mengubah atau meminda mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis.