RHJ Tijarah Juara SAY ASPIRE Ke-7, Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir

Pusingan akhir edisi ketujuh ini menyaksikan persaingan 10 syarikat tempatan menerusi pembentangan pelan perniagaan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli menyempurnakan Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY ASPIRE) edisi ketujuh

SAY ASPIRE merupakan inisiatif di bawah Selangor Youth Community (SAY) yang bertujuan membantu usahawan tempatan memperluas perniagaan ke pasaran antarabangsa menerusi bimbingan strategi eksport, pematuhan standard global, serta pembentukan rangkaian perniagaan strategik.

Pusingan akhir edisi ketujuh ini menyaksikan persaingan 10 syarikat tempatan menerusi pembentangan pelan perniagaan di hadapan panel juri yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pemain industri.

SAYS.com
Image via Selangor Youth Community – SAY Community

RHJ Tijarah Sdn Bhd dinobatkan sebagai johan

  • Johan: Siti Hajar (RHJ Tijarah Sdn Bhd) — Menerima geran RM10,000.
  • Naib Johan: Aliaa Ziyadi (Hokido Shop Enterprise) — Menerima geran RM7,000.
  • Tempat Ketiga: Eric Lim (Dataverse Sdn Bhd) — Menerima geran RM5,000.

Selain geran tunai, ketiga-tiga pemenang turut menerima peluang lawatan pasaran ke negara terpilih bagi rundingan perniagaan, sesi mentoring eksklusif SAY ASPIRE+, penyertaan dalam Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), serta akses kerjasama dengan agensi eksport kerajaan.

Penganjuran ini mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Selangor menerusi EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan, serta rakan strategik seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

SAYS.com
Image via Selangor Youth Community – SAY CommunityImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: