seismik

Telefon Dah Buka Maps Tapi Rider Foodpanda Terlena Hampir Jatuh Kerusi Masa Tunggu Order

Semoga murah rezeki bro.

Cover image via Twitter @hidayat80

Ramai di antara kita yang struggle untuk memenuhi keperluan hidup sehingga terpaksa melakukan dua kerja

Image via Astro Awani

Ada juga yang sanggup melakukan lebih daripada dua pekerjaan semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Salah satu pekerjaan sampingan yang semakin menjadi pilihan ramai ialah penghantar makanan, dan antara yang paling popular tentunya servis Foodpanda.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Twitter berkongsikan kisah menyentuh hati tentang seorang rider Foodpanda yang ditemuinya ketika makan malam

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hidayat itu, dia melihat rider tersebut terlena hampir jatuh kerusi semasa menunggu pesanan makanan di sebuah restoran.

Malah, telefon rider tersebut sudah pun membuka aplikasi Maps untuk ke lokasi penghantaran seterusnya.

Barangkali terlalu kepenatan, rider itu mengambil keputusan untuk tidur sebentar demi menggalas amanah menghantar makanan kepada individu yang memesan.

Begitulah asam garam kehidupan sebagai seorang rider, sanggup berpenat lelah demi kelangsungan hidup.

Warganet yang membaca perkongsian ini masing-masing mendoakan kesejahteraan rider tersebut dan tersentuh dengan usaha gigihnya mencari rezeki halal

Semoga semua riders yang berhempas pulas menghantar makanan ini sentiasa dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus dari Ilahi. Amin. :)

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Usaha adik ini memang patut dipuji!

You may be interested in: