seismik

Mahu Berdikari & Cari Pengalaman, Remaja 16 Tahun Kerja Penghantar Makanan Dipuji Ramai!

Dahmakan pun turut sama mendoakan semoga pelajar tersebut dimurahkan rezeki dan memberikan galakan kepadanya untuk terus berusaha.

Cover image via Twitter @ariffazharb & dahmakan

Baru-baru ini viral di media sosial gambar seorang remaja membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan pada hujung minggu

Menggunakan laman Twitter, @ariffazharb telah berkongsikan bagaimana kawannya yang berada di Tingkatan 4 telah menjadi rider buat syarikat penghantaran makanan dahmakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Perkongsian tersebut telah tular sehingga mendapat perhatian syarikat dahmakan yang telah mendoakan semoga pelajar tersebut dimurahkan rezeki dan memberikan galakan kepadanya untuk terus berusaha.

Ekoran daripada tularnya gambar tersebut juga ramai yang tersentuh hati dan menyangkakan bahawa remaja 16 tahun itu berasal daripada keluarga susah bahkan ada yang mula bersimpati dan ingin memberi sumbangan kepadanya.

Tidak mahu mengelirukan orang ramai, remaja yang bernama Muhd Irwan Shah Sabarudin telah tampil memberikan penjelasan sebenar

Menerusi akhbar Harian Metro, Irwan berkata gambar berkenaan diambil secara spontan dan dia tidak menyedarinya sehinggalah ia tular di media sosial.

“Sebenarnya, saya bukan datang daripada keluarga susah atau terlalu senang, tetapi sederhana saja yakni cukup makan, pakai serta keperluan lain-lain.

Muhd Irwan Shah Sabarudin

Image via Harian Metro

"Namun, ada yang tersalah tafsir hingga membuat andaian sendiri mungkin kerana gambar itu menyentuh emosi mereka.

“Hakikatnya, gambar itu diambil tanpa sedar ketika saya sedang runsing selepas berlaku salah faham dengan pelanggan," jelasnya.

Irwan bagaimanapun tetap berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin namun berharap penjelasannya itu memadai dan tidak ada lagi salah sangka dalam kalangan warganet.

Menurut Irwan, dia memilih bekerja sambilan sebagai penghantar makanan kerana mahu berdikari dan menimba pengalaman

Tambah Irwan, pekerjaan itu tidak mengganggu jadual persekolahannya kerana hanya dilakukan pada hujung minggu sahaja. Selain itu, peperiksaan juga sudah selesai dan dia mahu memanfaatkan lesen motosikal dan masa terluang dengan bekerja daripada bermain telefon saja.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via dahmakan

“Sebelum ini, saya lihat beberapa orang rakan sebaya bekerja sebagai ‘rider’ dan ia mendorong untuk mengikut jejak langkah mereka.

Sekurang-kurangnya, saya mendapat duit dengan bekerja dan boleh membeli apa yang dikehendaki tanpa terlalu bergantung dengan keluarga," ujarnya.

Beberapa komen warganet yang memuji kesungguhan Irwan:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: