Jadi Badut Sementara Menunggu Kerja Tetap, Ramai Kagum Usaha & Inisiatif 'Fresh Grad' Ini!
Azmil mengambil perkhidmatan badut ini di area Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban.
Saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan sukar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian
Memang diakui, bukan mudah untuk seorang graduan itu mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. Bahkan, mendapat pekerjaan yang setara dengan bidang yang diceburi semasa belajar juga sangat susah.
Perkara ini ternyata mengganggu fikiran ramai graduan. Bukan itu sahaja,mereka juga harus bersaing dengan graduan lain untuk mendapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Disebabkan itulah, ramai di antara graduan yang menganggur.
Namun begitu, daripada terus menganggur, bukankah lebih elok jika masa yang ada itu digunakan untuk menjana pendapatan?
Seperti yang dilakukan oleh seorang 'fresh graduate' ini yang memilih untuk menjadi badut.
Baru-baru ini, seorang pemuda telah membuat perkongsian di laman Twitter miliknya meminta pertolongan orang ramai untuk menyebarkan kerja sampingan yang dilakukan olehnya sementara menunggu mendapat pekerjaan tetap.
Pemuda dikenali sebagai Azmil yang merupakan graduan Pengurusan Industri itu bekerja sebagai badut demi membantu memberi pendapatan sampingan kepada keluarganya.
Menurut Azmil, sebagai badut, dia menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti membuat belon bermacam bentuk, silap mata, aktiviti dan permainan untuk apa sahaja jenis majlis.
Ternyata ekoran tularnya tweet tersebut, ramai memuji sikap dan inisiatif Azmil yang wajar dijadikan inspirasi.
Antara komen para netizen:
Semoga usaha Azmil ini boleh dijadikan contoh lebih-lebih lagi buat graduan yang masih menunggu panggilan kerja tu!