seismik

Mak Kata Main Game Takde Masa Depan? Ini 10 Universiti & Kolej Yang Tawar Kursus Gaming!

Universiti dan kolej di Malaysia, okay. Jangan main-main.

Cover image via What Mobile

Sukan elektronik atau e-sukan kian mendapat perkembangan positif bukan sahaja di luar negara bahkan di dalam negara!

Image via Business Today

Jikalau dulu, bermain permainan video di komputer atau konsol PlayStation dan Xbox dalam kalangan anak muda sering kali dikaitkan dengan aktiviti membuang masa, namun sekarang dunia sudah berubah.

Kemajuan industri yang lebih terarah kepada sukan elektronik membuka peluang kepada remaja mempertaruhkan bakat mereka dalam permainan video popular seperti Dota 2, Mobile Legends dan juga PUBG.

Image via Malay Mail

Bukan itu sahaja malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga telah memperlihatkan komitmen KBS untuk lebih memperkasakan e-sukan dengan mengumumkan keinginan untuk membina e-stadium dan juga menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan untuk Asean. Perkembangan ini adalah sangat menggalakkan terutamanya buat para gamers.

Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kewujudan e-sukan membolehkan golongan anak muda masa kini untuk bersaing secara sihat di samping menjana pendapatan. 

Image via Perak Today

Berikut ada 10 universiti dan kolej yang menawarkan kursus gaming bagi menyokong perkembangan e-sukan di Malaysia:

1. Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)

2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Image via UPSI

Di bawah Faculty of Art, Computing & Creative Industry terdapat kursus Diploma in Games Design and Development.

3. KDU University College

Image via KDU

Kursus yang ditawarkan adalah Bachelor of Game Development di Shah Alam dan Diploma in Games Technology di Georgetown, Pulau Pinang.

4. Limkokwing University of Creative Technology

6. Management & Science University (MSU)

Image via MSU

Daripada Diploma in Games Design and Animation selama 2 tahun setengah, pelajar boleh meneruskan pengajian dalam Bachelor in Games Design and Animation (Hons) seterusnya selama 3 tahun.

7. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Image via UTAR

Di kampus cawangan Sungai Long, UTAR menawarkan kursus Bachelor of Arts (Hons) Game Design dan  Bachelor of Science (Hons) Game Development.

8. Clazroom College

Terletak di Damansara Perdana, kolej swasta ini menawarkan kursus selama 2 tahun dalam bidang Advanced Diploma in Game Design.

9. Selayang Community College

Kolej di Selayang ini menawarkan kursus dalam bidang Diploma in Games Art.

10. Kolej Polytech MARA

Image via KPTM Ipoh

Kolej Poly-Tech MARA Ipoh ada menawarkan 3 program diploma berkaitan Game - Diploma in Game Design, Diploma in Animation dan Diploma in Multimedia.

Best-nya boleh jadikan video games sebagai kerjaya!

Image via Reset Era

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) Oleh XPAX Celcom sedang berlangsung sepanjang bulan Mac & April ini!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: