11 Pengalaman Biasa Sebagai ‘Freshie’ Masa Mula-Mula Masuk Universiti Dulu. Ingat Lagi?
Awal-awal masuk belajar dulu memang macam ni.
Cover image via utp.edu.myKatanya minggu lalu adalah minggu kebanyakan pelajar-pelajar masuk ke universiti. Jadi korang ingat lagi masa awal-awal masuk kolej/universiti?
Macam-macam perkara kita lalui. Semuanya seakan baru buat kita.
Setiap orang pasti ada pengalaman masing-masing sewaktu awal-awal bergelar pelajar universiti kan?
Dan kami percaya sesiapa saja yang bergelar pelajar satu ketika dulu mesti pernah melalui pengalaman seperti ini:
1. Mak ayah hantar pergi
Ini perkara paling kita tak akan lupa masa mula-mula masuk daftar universiti dulu. Mak ayah akan sama-sama tolong angkat beg kita yang berat tu dari bawah blok sampailah atas bilik tingkat 5. Ada sesetengah tu kolej kediaman agak jauh dari tempat *parking* kereta, *so* terpaksalah kedua-dua orang tua tu berjalan jauh. Bila nak kena tinggal, hati rasa sayu je nak berjauhan dari keluarga.
Haaa sebab tu jangan lupa pengorbanan mak ayah kita.
Image via Universiti Sains Malaysia
2. Kenal-kenal dengan rommates
Bila dah sampai bilik, akan jumpa pula muka-muka baru yang tak pernah kita jumpa. Waktu ni *awkward* sikitlah tak tahu nak borak apa kan? Soalan paling *cliche* adalah "orang mana?" "course apa?". Habis soalan tu masing-masing pun dah tak ada idea nak tanya apa. *Mostly* macam tu lah kan?
Image via Twitter
3. Pilih katil
Lagi satu bila dah sampai bilik benda pertama sekali kita buat, mestilah pilih katil. Kalau sampai awal dari yang lain bolehlah nak cop mana-mana katil. Kalau dah lambat terpaksalah ambik katil paling *last*. Nak tak nak terpaksalah ambil juga.
Image via kunciboard.blogspot.my
4. Orientasi
Macam biasalah, semua universiti memang ada benda ni. Memang tak boleh lari! Haha. Minggu orientasi ni adalah minggu penat, 'berlecak', tak cukup tidur semua pelajar. Masa ni macam-macam aktiviti kena buat. Kalau ada perasaan menyampah dengan senior waktu minggu orientasi tu memang normal sebab waktu ni diorang akan jadi fasilitator yang mengarah kita ke sini sana.
Image via cutegurlzz93.blogspot.my
5. Cari bilik kuliah tak jumpa-jumpa
Mungkin tak ramai yang alami benda ni tapi ada sesetengah daripada kita terpaksa berpusing satu bangunan nak cari dewan kuliah/kelas sebab tak jumpa-jumpa. Biasalah *first day* kan? Tak beberapa nak *familiar.*
Image via UPM
6. Masuk kelas
Dah sampai kelas suasana *awkward* tu memang ada. Tambah-tambah lagi kalau lambat. Haha waktu ni pun *blur* tak tahu nak duduk mana dan sebelah siapa. Waktu ni lah kita *observe* je perangai sorang-sorang *classmates* kita. Belum kenal lagi dah buat andaian macam-macam.
Image via chemical.eng.usm.my
7. Perkenalkan diri
Semua tempat ada benda ni. Yelah, dah belajar satu kelas mestilah perlu saling kenal-mengenali. Masa ni lah nak kenalkan diri, asal mana, duduk kolej kediaman apa. Mana yang jenis pemalu tu kadang-kadang cakap apa pun kita tak dengar.
Image via UMP
8. Tak tahu nak guna aku/saya/kau/awak
Untuk pelajar perempuan, ini mungkin tak jadi masalah. Tapi untuk pelajar lelaki, mungkin ini menjadi masalah buat diorang. Kadang-kadang diorang sendiri tak tahu nak gelarkan diri diorang tu apa. Kalau sesama lelaki tak ada masalah kot, cuma kalau dengan perempuan tu ambik masa jugalah nak borak.
Image via wiwiedwiokta.blogspot.my
9. Pilih geng
Bila dah masuk tempat baru ni tentu-tentulah nak kena cari kawan baru juga. Waktu ni lah nak cari geng-geng sekepala kata orang. Setsetengah orang mesti pernah rasa bertukar-tukar geng setiap semester. Yelah nak cari kawan yang 'sebulu' ni bukan senang. Selalunya macam kena *try and error.* Hehe
Image via utprcsu.blogspot.my
10. Pakai kad matrik '24 jam'
Peraturan beritahu kena pakai kad matrik sepanjang berada di dalam univerisiti. *So,* sebagai pelajar semester 1 yang baik, kad matrik tak akan pernah hilang disangkut pada leher. Ada pula tu kadang-kadang sampai luar universiti pun masih pakai kad matrik. Macam tu tahap punya *insecure* dia. Tapi yelah itu *first semester* je. Naik je senior masing-masing terus besar kepala!
Image via bemininate.blogspot.my
11. Usha senior
Ahhh ini tipulah kalau tak pernah buat. Lagi-lagi pelajar perempuan, tak boleh nampak senior *handsome* sikit mulalah nak jadi adik angkat haha. Pelajar lelaki pun sama juga. Mana senior yang cantik tu mesti jadi bualan antara kawan-kawan. Biasalah dah lumrah manusia juga kan. Tapi sebagai adik junior kena hati-hati juga dengan abang-abang senior, buaya darat banyak! 😛
Image via The Vocket

