seismik

[VIDEO] Sahut Cabaran Nyanyi Live Di Konti, Suara Riena Diana Curi Perhatian Warganet

Riena pandai nyanyi?

Cover image via @hotfm976 (Instagram) & @rienadiana_ (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Riena mengaku bahawa dia sangat terkejut dan gementar apabila diberi tugasan oleh Geng Pagi Hot (GPH) di siaran Hot FM pagi ini

“I nervous gila sbb knowing my voice memang tak sedang and tak boleh nyanyi tapi boleh ke u cakap taknak dekat bos? So I buat and just enjoy every little moment with them, at the same time dapat jugak belajar vokal free dengan Mark Adam.”

Pada masa yang sama, Riena secara jujur memberitahu bahawa dia lebih rela untuk memegang haiwan reptilia ular daripada perlu menyumbangkan suaranya di radio.

“Sebab I tau suara I tak sedap that’s why I rela pegang ular and if I pegang ular, takut pun takde siapa kecam. Kalau i nyanyi dan tak sedap mesti kene kecam.”

Nampaknya Riena mempunyai fobia untuk menyanyi, mungkin ini disebabkan dia sendiri tahu kemampuan dirinya namun perkara ini tidak membuatkan pelakon yang terkenal dengan watak Lailer menerusi drama rantaian Kampung People itu menyerah kalah.

Ketika di dalam kelas vokal bersama Mark, Riena mengakui bahawa Mark berubah menjadi seorang yang tegas dan serius

“Mark totally bertukar orang bila I masuk class vokal dgn dia, he is not Mark Adam that we know masa dalam konti. In class, dia strict and very serious.”

Ini yang membuatkan Riena berani sahut cabaran dan bernyanyi dengan bagus. 

Lihat video penuh di bawah:

Adakah ini bermaksud tak lama lagi Riena akan tukar kerjaya daripada seorang pelakon dan penyampai radio kepada seorang penyanyi?

Penulis: Ainaa Hafizah

Apa-apa pun, Riena telah menunjukkan keberaniannya untuk menyahut cabaran ini. Well done, Riena!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: