Cantik Berpakaian Sedondon, Wajah Siti Aafiyah Dikatakan 'Copy Paste' Daripada Tok Ti
Semoga Tok Ti dan adik Aafiyah terus sukses!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anak-beranak dikenali ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah bakal menerima kedatangan ahli keluarga baharu tidak lama lagi
Berita itu bukan hanya disenangi Siti Nurhaliza atau Tok Ti, malah menjadi perhatian para peminat yang teruja untuk melihat adik kepada Aafiyah pula.
Baru-baru ini, Tok Ti telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
Melalui captionnya:-
“Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Aafiyah anak ibu
Berbuai bersama.”
Wah, ada lagu istimewa nama Aafiyah pun diselitkan bersama.
Sementara itu, dalam perkembangan terbarunya, Tok Ti bakal mengeluarkan album lagu kanak-kanak tidak lama lagi
Tak sabar rasanya nak dengar lagu-lagu dalam album tersebut.
Jika diingat kembali, lagu Comel Pipi Merah yang dicipta khas buat Aafiyah dulu cukup popular dan menjadi sebuah lagu yang meniti di bibir para peminat.
Dalam pada itu, perkongsian Tok Ti berkenaan mendapat perhatian para peminat di ruangan komen
Ketika artikel ini ditulis, hantaran itu sudah pun meraih lebih 120K likes dan hampir 700 comments di Instagram miliknya.
Ada yang merasakan bahawa wajah Aafiyah copy paste daripada wajah ibunya
Apa pun, sudah kebiasaan seseorang anak itu ada iras dengan ibu atau bapanya. Hmm, tak sabar pula nak tengok wajah adik Aafiyah yang bakal dilahirkan nanti.
Penulis: Hasanah Yusof