seismik

Ringankan Beban Melalui SocioBiz Oleh Alliance Islamic Bank. Ini Masanya Untuk Menderma

Menderma amalan mulia.

Cover image via OHBULAN!

Artikel ini ditaja oleh Alliance Islamic Bank.

Kehangatan Syawal sudah mula dirasai

Image via blogspot.com

Sana sini orang sibuk melengkapkan persiapan raya, namun masih ada insan lain yang bersengkang mata demi mencari rezeki untuk kehidupan harian dan mungkin sedikit peruntukan untuk sambutan hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi.

Begitulah yang dilalui oleh Puan Rohashinah berusia 35 tahun dan menetap di Seberang Takir, Kuala Terengganu

Selepas pemergian ayahnya, Puan Rohashinah mengalas tanggungjawab yang besar dengan menjaga 2 orang anak saudara dan ibu yang baru sahaja pulih dari sakit.

Image via OHBULAN!

Walaupun mempunyai kelulusan diploma, Puan Rohashinah atau mesra dipanggil Kak Ros tidak mempunyai pekerjaan tetap. Kak Ros pernah bekerja sebagai seorang guru tuisyen, tapi tak lama. Kemudian dia beralih arah dengan mencuba dalam bidang jahitan dan mula belajar menjahit.

Demi memenuhi keperluan hidup keluarga, Kak Ros membuat pinjaman daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk membeli mesin jahit untuk memulakan perniagaan menjahit secara kecil-kecilan.

Image via OHBULAN!

Hanya dengan sebuah mesin jahit, Kak Ros tak mampu untuk mengambil tempahan jahit yang banyak

Image via OHBULAN!

Setiap minggu, dia dapat menyiapkan satu atau dua helai baju sahaja. Dengan untung yang diperoleh, masih lagi belum cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Ibu Kak Ros juga turut membantu dengan berniaga menjual ketupat palas di gerai-gerai berdekatan dengan rumah dan juga melalui tempahan.

Image via OHBULAN!

Pada 4 Mei 2019 yang lalu, kehidupan Kak Ros berubah

Image via OHBULAN!

Kehadiran pihak SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank yang diwakili oleh En Rizal IL-Ehzan, Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance Islamic Bank serta Datin Paduka Che Asmah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah mengubah hidup kak Ros.

Wakil dari kedua pihak hadir untuk menghulurkan sumbangan kepada Kak Ros. Kesemua sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan keperluan menjahit seperti seterika stim, almari, mesin jahit, moto mesin jahit dan perkakas jahitan.

Image via OHBULAN!

Dengan bantuan ini, Kak Ros seperti mendapat kehidupan baru dan lebih bersemangat untuk menjalankan perniagaan menjahitnya.

Apa itu SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank?

Untuk pengetahuan korang, SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank adalah sebuah platform pendanaan patuh syariah yang dilancarkan pada Mei 2019. Jadi, SocioBiz memberi peluang kepada korang membantu insan lain dengan misi untuk memberikan perubahan positif dalam kehidupan mereka, terutamanya dari segi ekonomi dan taraf hidup.

Selain itu, SocioBiz juga bertujuan untuk membantu insan yang memerlukan demi mempersiap mereka dengan sumber dan kemahiran yang sesuai. Kiranya, mereka nanti akan lebih bersedia untuk memulakan perniagaan atau memperbesar perniagaan sedia ada.

Image via OHBULAN!

Ciri-ciri istimewa SocioBiz

  1. Penerima akan menerima jumlah keseluruhan kutipan sumbangan (100% daripada jumlah sumbangan)
  2. Alliance Islamic Bank memastikan semua kempen akan menerima sumbangan terus daripada pihak bank
  3. Alliance Islamic Bank akan memadankan sumbangan bank dengan sumbangan yang diterima dari orang ramai (RM1 setiap RM1)
  4. Penerima sumbangan dikenalpasti oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank, iaitu Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS)
  5. Penyumbang layak menerima resit pelepasan cukai bagi sumbangan yang dibuat kepada kempen yang dilancarkan (resit akan dikeluarkan oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank)

Nak tahu lebih lanjut mengenai program SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank? Mudah je, klik di laman sesawang rasmi SocioBiz.

Semoga dengan program inisiatif daripada pihak SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank ini, penerima sumbangan boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka dan seterusnya menaiktaraf kehidupan masyarakat dengan menyumbang kepada insan yang memerlukan.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.


LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sama-sama kita hulurkan bantuan: