[VIDEO] Rise: Ini Kalilah, Sebuah Filem Diinspirasikan Daripada PRU14

FIlem ini akan menampilkan bintang-bintang dari pelbagai bangsa seperti Remy Ishak, Jack Tan, Sangeeta Krishnasamy dan Mira Filzah

Sebuah filem Malaysia bertajuk Rise: Ini Kalilah yang diilhamkan daripada peristiwa Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini, akan dikeluarkan bulan depan bersempena dengan Hari Malaysia

Image via Cari.com

Rise: Ini Kalilah mengisahkan kehidupan pelbagai rakyat Malaysia pada hari-hari yang menuju ke PRU14 pada 9 Mei. Ia menampilkan kisah seorang pelajar di London yang bergegas untuk menyampaikan undi pos serta ahli perniagaan dalam kekacauan atas tuduhan jenayah yang bermotivasikan politik.

Filem ini diarahkan oleh Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath dan dibintangi oleh bintang-bintang dari pelbagai bangsa seperti Remy Ishak, Jack Tan, Sangeeta Krishnasamy dan Mira Filzah

Image via Laksou

Penggambaran filem itu selesai dalam tempoh tiga bulan dan dirakam di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia, Singapura dan United Kingdom.

"Ini adalah projek paling mencabar yang saya pernah terlibat tetapi juga yang paling memuaskan untuk melihat sepasukan Malaysia yang bekerja bersama-sama," kata Saw Teong Hin dalam satu kenyataan akhbar.

Rise: Ini Kalilah dihasilkan oleh Prodigee Film, Filmmaker Studio dan WebTVAsia dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 September 2018.

Saksikan trailer Rise: Ini Kalilah di bawah:

Siapa tak sabar nak tengok filem ini angkat tangan!

Image via Giphy

Most-read stories today

Leave a comment