seismik

Respon Netizen Malaysia Terhadap Isu Ganjaran RM1,200 Tampar Teresa Kok

Ganjaran RM1,200 ditawarkan oleh sebuah perikatan NGO kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamnya.

Cover image via themalaysianinsider.com

Tawaran RM1,200 Untuk Botakkan Rosmah Pula Bagaimana?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengecam keras kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

freemalaysiatoday.com

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata pandangan Zahid Hamidi dalam isu ini adalah agak sempit dan ‘kurang masak’.

freemalaysiatoday.com

Datin Seri Paduka Rosmah Mansor

Image via staticflickr.com

“Apakah Zahid Hamidi Buta Undang-Undang? Atau Sebenarnya Ada Dua Set Undang-Undang Maka Itulah Jawapan Terbaik Seorang Menteri?” Tanya Beliau

Edy Noor Reduan

Image via selangorku.com

Bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

blogspot.com

“Kami SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai.”

blogspot.com

"SAMM juga ingin memberi nasihat percuma kepada para menteri, janganlah perbodohkan rakyat kelak rakyat pula akan perbodohkan kamu dengan pelbagai gelagat termasuklah flashmob dan klip video lucu," katanya.

anakmudamalaysia.com

Tidak Cukup Dengan Itu, Terdapat Juga Tawaran RM1,500 Untuk Tampar Menteri Dalam Negeri

Tawaran tampar Zahid Hamidi

Image via akamaihd.net

"Kenyataan Zahid Salah Dan Sangat Mengecewakan," Balas Peguam Jenayah, Syahredzan Johan

Peguam, Syahredzan Johan

Image via blogspot.com

Peguam jenayah mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

yahoo.com

Peguam Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana laporan polis sudahpun dibuat.

themalaysianinsider.com

Peguam, Syahredzan Johan

Image via digitalnewsasia.com

"Polis sepatutnya menguatkuasakan undang-undang mengikut buku statut," katanya kepada The Malaysian Insider.

themalaysianinsider.com

"Pelaku salah juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya.

yahoo.com

Beliau berkata tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk didakwa.

yahoo.com

Penasihat Lawyers For Liberty, Eric Paulsen Berkata, Kenyataan Ahmad Zahid Juga Merupakan Penghinaan Terhadap Wanita Kerana Menganggap Ancaman Yang Jelas Sebagai Satu Jenaka

Peguam, Eric Paulsen (kiri)

Image via s-msn.com

"Beliau menghantar mesej yang salah jika pro-Umno, anda akan kebal daripada undang-undang. Beliau menunjukkan bahawa kita boleh berbuat dan berkata apa sahaja, termasuk mengugut untuk memukul orang."

themalaysianinsider.com

Paulsen berkata dalam kes ini, NGO tersebut melakukan kesalahan kerana menggalakkan jenayah terhadap seorang ahli Parlimen

yahoo.com

Hukuman bagi kesalahan itu adalah penjara selama dua tahun dengan saman, dan dalam kes ugutan membawa kecederaan, hukuman adalah penjara sehingga tujuh tahun.

themalaysianinsider.com

Peguam N Surendran Pula Berkata Ahmad Zahidi Merendahkan Penguatkuasaan Undang-Undang, Keselamatan Dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia Secara Terbuka

Peguam, N Surendran

Image via zenfs.com

"Kenyataan beliau adalah sama dengan melepaskan tangan daripada tanggungjawabnya sebagai menteri," kata ahli Parlimen Padang Serai itu.

yahoo.com

Beliau juga berkata Ahmad Zahid melanggar sumpah janji kepada Pejabat Perdana Menteri, dengan menambah: "Beliau membuktikan beliau tidak layak memegang jawatan menteri dalam negeri atau apa-apa jawatan lain."

yahoo.com

"Mereka yang bersalah menawarkan ganjaran tampar ini perlu ditahan," katanya.

themalaysianinsider.com

Biro Undang-Undang Pemuda MCA Turut Meluahkan Rasa Kecewa Berhubung Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi

Eric Choo

Image via mca.org.my

Ketua Bironya Eric Choo berkata bukan kuasa Zahid atau polis memutuskan sama ada mereka yang menawarkan ganjaran itu telah melakukan satu kesalahan atau tidak.

malaysiakini.com

Eric berkata menteri dalam negeri sepatutnya mengingatkan bahawa tugas dan tanggungjawab polis hanya menyiasat dan kemudian keputusan serta tugas mendakwa terletak kepada peguam negara.

malaysiakini.com

Eric berharap Zahid tidak lagi membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi kes itu sebaliknya membiarkan undang-undang dan prosedur menentukannya.

malaysiakini.com

8 Feb: "Mengapa Perlu Disiasat? Menampar Bukan Ancaman," Ucap Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Image via antarapos.com

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ancaman tawaran badan bukan kerajaan (NGO) Islam kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok daripada DAP dengan mengatakan "tiada apa yang hendak disiasat, kerana tiada ancaman.

malaysiandigest.com

"Mengapa kita perlu siasat itu? Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh barulah boleh dikatakan ancaman," katanya selepas sebuah majlis di Penjara Kajang hari ini (8 Februari 2014).

busuk.org

Ahmad Zahid berkata polis hanya akan mengambil tindakan sekiranya perbuatan menampar berlaku.

malaysiakini.com

Bagaimanapun, Polis Mendedahkan Mereka Mula Menyiasat Ancaman Tersebut Dan Mengklasifikasikan Kes Itu Mengikut Seksyen 505(c) Dan Seksyen 506

Polis mula menyiasat ancaman tersebut dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 505(c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang lain dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.

busuk.org

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Berkata Beliau Membantah Tindakan Melampau Kumpulan NGO Terbabit

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin

Image via mole.my

"Tawaran oleh kumpulan itu keterlaluan dan tidak boleh diterima," kata Khairy.

mstar.com.my

Walaupun ada pihak yang menentang video tersebut, Khairy berkata tidak ada justifikasi untuk kumpulan berkenaan melakukan apa-apa cara yang tidak bertamadun, tidak berbudaya dan bertentangan dengan Islam.

mstar.com.my

Pada 28 Januari 2014, Sebuah Video Berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' Lakonan Teresa Kok Telah Mencetus Pelbagai Reaksi Negatif Dari Ramai Pihak

Unsupported video platform

Berikutan Insiden Tersebut, Sebuah NGO, 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' Telah Menawarkan Habuan Sebanyak RM1,200 Bagi Sesiapa Yang Berjaya Menampar Teresa Kok Dan Merakamnya

Unsupported video platform

Tawaran luar biasa itu dipercayai dibuat sebagai reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

malaysiakini.com

Tawaran itu dibuat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah yang menjadi pengacara majlis demo ringkas perikatan NGO itu berhampiran Jalan Tun Perak, tengahari tadi (6 Februari 2014).

malaysiakini.com

Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, Hanya RM500 Ditawarkan Pada Mulanya

"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."

themalaysianinsider.com

"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.

themalaysianinsider.com

Pengguna Media Sosial Meluahkan Rasa Tidak Puas Hati Dan Sedih Serta Merasakan Tawaran Seperti Itu Merupakan Satu Tindakan Bodoh

Image via imgur.com
Image via imgur.com

"Hanya Melayu Bodoh Sahaja Yang Terima Tawaran 500 Semata-Mata Untuk Tampar Teresa Kok"

Image via imgur.com

Soal Agama Dan Kepercayaan Juga Dibangkitkan

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Rakyat Malaysia Masa Kini Semakin Prihatin Terhadap Isu Politik, Keagamaan Dan Perkauman

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Apa Pendapat Anda?

Image via mkini.net

You may be interested in: