R&R Seremban (Arah Selatan) Kini Berwajah Baharu - "Tampil Lebih Moden & Selesa!"
Hentian R&R pertama di Malaysia yang direka bentuk menggunakan teknologi hijau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh PLUS Malaysia.
Umum sedia maklum, hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan telah ditutup untuk dinaik taraf bagi memberikan keselesaan yang lebih baik kepada orang awam
Walau bagaimanapun, R&R Seremban Arah Selatan ini telah dibuka sepenuhnya untuk kemudahan orang awam yang sedang dalam perjalanan ke selatan.
Malah, rekaan bangunan R&R itu kini tampil lebih dan cantik, paling penting tiga kali ganda lebih besar dari yang sebelumnya.
Ruang makan juga sangat luas dan dilengkapi dengan kipas gergasi yang akan menyejukkan keseluruhan kawasan berkenaan.
Selain daripada bilangan kubikel tandas yang ditambah, terdapat juga tandas keluarga dan bilik salin lampin untuk golongan ayah yang sebelum ni selalunya hanya terdapat untuk kaum ibu.
Fasiliti surau di R&R ini juga boleh diberikan pujian di mana bukan sahaja ruang yang besar dan selesa, malah menitikberatkan ciri mesra untuk pengguna yang memerlukan kerusi untuk solat duduk kerana ada "built-in" kerusi tersedia untuk pengguna.
Memandangkan ia membawa konsep 'terbuka', maka surau ini mempunyai sistem pengudaraan yang bagus serta membenarkan cahaya semula jadi memenuhi ruang surau.
Berikut di bawah antara keunikan lain dan kemudahan yang disediakan terdapat di R&R Seremban (arah Selatan) ini:
1. Pengalaman seperti berada pusat beli-belah
R&R Seremban yang kini telah siap proses ubah suainya menawarkan pelbagai jenis kedai sekaligus memberikan pengunjung pengalaman berada seperti pusat beli-belah. Malah, R&R ini telah menjadi lebih daripada sekadar tempat rehat.
2. Pelbagai makanan tempatan dan street food
Bukan itu sahaja, pelbagai pilihan makanan tempatan Malaysia dan street food tersedia di R&R ini bagi memenuhi keperluan mereka yang mengidamkan rasa tradisional.
3. Masakan Barat dan Cina serta Mamak Nasi Kandar
Bagi mereka yang mencari pengalaman kuliner yang berbeza, R&R ini juga menawarkan pilihan makanan Barat dan Cina serta Mamak, memastikan pengguna dapat memesan pelbagai pilihan.
4. Pelbagai pilihan makanan ringan
Di R&R Seremban (arah Selatan) ini juga banyak kedai makanan ringan tersedia, sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan makanan ringan semasa perjalanan mereka seperti kerepok lekor, churros, cakoi dan banyak lagi.
5. Kedai serbaneka dan kedai dua tingkat
Selain itu, kedai serbaneka popular seperti CU dan FamilyMart juga terdapat di R&R ini sekali gus menawarkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan semua peringkat umur.
Menariknya, di R&R ini mempunyai kedai dua tingkat yang pastinya dapat menampung bilangan pengunjung yang ramai terutamanya waktu musim perayaan dan cuti sekolah.
Untuk rekod, R&R Seremban (arah Selatan) kini mempunyai 10 gerai, 8 lot runcit, 3 lot dupleks, 18 kiosk dan juga trak makanan untuk pengunjung singgah.
Jadi, jika anda dalam perjalanan menuju ke Selatan, jangan lupa untuk singgah di R&R Seremban (arah Selatan) yang baharu ini, pastinya memberi pengalaman yang bermakna sambil menikmati pelbagai menu yang tersedia di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!