Ronaldinho Umum Kembali Ke Pentas Bola Sepak Profesional Untuk Capai Rekod Peribadi

Ronaldinho kembali selepas 11 tahun bersara pada 2015.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @brfootball (X) & Medium

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho umum keluar dari persaraan untuk beraksi bersama kelab divisyen tiga Itali, Ravenna

Menerusi laporan AFP, kembalinya Ronaldinho daripada persaraan adalah disebabkan membawa matlamat peribadi untuk menjaringkan 'gol ke-300' sepanjang kariernya.

Pemain berusia 46 tahun itu sebelum ini telah menamatkan kariernya selepas membuat penampilan rasmi terakhir bersama kelab Brazil, Fluminense, pada September 2015.

"Saya sangat gembira berada di sini bersama rakan-rakan. Kami mempunyai pasukan yang boleh melakukan sesuatu yang baik.

"Adakah anda akan melihat saya bermain? Saya tidak tahu, hanya pengendali yang tahu. Kembali ke Itali adalah sesuatu yang indah, saya berada di sini untuk membantu rakan sepasukan menang.

"Seperti yang anda lihat, saya berada dalam keadaan cergas dan berasa baik. Jika saya dapat menjaringkan gol ke-300 saya, ia akan menjadi lebih indah," katanya.

SAYS.com

Ronaldinho bersama Ignazio Cipriani, pemilik Ravenna FC.

Image via AFPImage via

Khabar kembalinya Ronaldinho telah diumum Jun lalu oleh pemilik kelab

Berita kembalinya Ronaldinho daripada persaraan telah diumumkan Jun oleh Ignazio Cipriani, ahli perniagaan Itali-Amerika yang menjadi pemilik kelab tersebut sejak tahun 2024.

"Objektifnya bersifat romantik, iaitu untuk cuba menjaringkan gol terakhirnya.

"Penglibatannya bukan sekadar simbolik atau gimik pemasaran untuk menarik perhatian terhadap kami," kata Cipriani.

Cipriani berkata, Ronaldinho akan menjadi pemegang saham kelab dan tidak akan beraksi menentang Reggiana dalam perlawanan pembukaan Serie C pada Isnin.

Ravenna menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan B dalam kejuaraan divisyen ketiga musim lalu dan kini mensasarkan kembali ke Serie B, yang kali terakhir disertai kelab itu pada tahun 2008.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik