seismik

Teruja Gila Kami Tengok 'Ropeswing' Pertama Di Malaysia Setinggi 60 Meter Ni. Kecut Perut!

'Not for the faint hearted' katanya. Tabik spring sama Rentas Adventures!

Cover image via SAYS via Instagram @rentas_adventures

By the time sekarang ni, korang mesti dah tengok video yang viral gila haritu pasal 'First ever ropeswing in Malaysia' kan? Haaa, jangan tak tahu, ropeswing pertama kat Malaysia ni telah berjaya direalisasikan oleh Rentas Adventures minggu lepas. Terbaiklah Acik Rentas!

Siapa-siapa yang belum tengok, boleh usha kat bawah ni:

Lepas kami tengok video ni, kami rasa macam nak nangis. Hehe tiba-tiba emosi pulak. Tapi serius, rasa terharu sangat sebab ada orang Malaysia yang pakar dalam bidang ni. Dari dulu kami dok tunggu aktiviti-aktiviti macam ni untuk wujud kat negara kita.

Tapi apakan daya, industri extreme outdoor di Malaysia masih belum sampai ke tahap tu. Masih banyak ruang yang perlu diisi, masih banyak ilmu yang perlu dipelajari, dan masih banyak tunjuk ajar yang perlu diteladani.

Sebagai peminat tegar aktiviti outdoor, kami rasa cukup jealous bila tengok negara-negara yang ada banyak aktiviti ekstrem. Tak kisahlah 'Bungee Jumping' ke, 'Cliff Jumping' ke, 'Ropeswing' ke, 'Paragliding' ke, 'Flyboarding' ke, semua aktiviti tu boleh kami kata agak limited di sini. Bungee jumping pun ada satu je kat Sunway Lagoon.

Seperti contoh di New Zealand. Kalau tak silap kami, kat situ ada lebih daripada LIMA tempat bungee jumping yang orang boleh pergi. Dia punya view tak payah ceritalah. New Zealand kot.

Ini salah satu bungee jumping di New Zealand.

Image via devinsupertramp/YouTube

Atas dasar keterujaan dan kekaguman terhadap ropeswing pertama di Malaysia, kami dari TSG #KasiJadi terus cepat-cepat hubungi orang kuat Rentas

Kami diberi peluang untuk interview Acik Shafiq Azmi, abam sado kacak berketinggian 176 sentimeter yang imba, dan merupakan tulang belakang jantung pengerang dalam merealisasikan ropeswing ini.

Bergaya sungguh Acik Shafiq Azmi berposing di puncak Kinabalu.

Image via Instagram @heyshafiqazmi

Walaupun Acik Shafiq menerima ratusan inbox message di FB dan Instagram beliau sampai tak menang tangan nak reply semua, syukur Acik Shafiq tetap sudi melayan kami yang masih mentah, masih adik-adik, dan masih baru dalam dunia outdoor ini dengan tangan terbuka. Terima kasih Acik!

1. Cerita bermula ketika Acik Shafiq berada di Pokhara, Nepal

Sebagai ketua Rentas Adventures, Acik Shafiq memang banyak berjalan ke sana ke mari. Salah satu lokasi yang beliau dah pergi ialah Nepal, negara di mana terletaknya gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest dengan ketinggian 8,848 meter dari aras laut.

Tapi Acik Shafiq pergi sana bukan naik Gunung Everest. Sebaliknya, beliau pergi ke Annapurna Base Camp (ABC) yang kian popular dikalangan pendaki Malaysia. Untuk pergi ke ABC, mesti kena singgah Pokhara dulu. Di sinilah tercetusnya satu misi dan pengharapan buat Acik Shafiq.

Selain New Zealand, Pokhara juga agak terkenal dengan aktiviti ekstrem. Ada macam-macam benda orang boleh buat kat sana, salah satunya bungee jumping.

Bungee jumping kat Pokhara ni pun awesome jugak weh!

Image via Kailash Journeys

Setelah beberapa kali pergi ke Nepal, sehingga kini Acik Shafiq masih tidak berkesempatan untuk mencuba walau satu aktiviti di sana. Bungee jumping tak dapat, ropeswing pun tak dapat. Kenapa? Yang itu kami tak tahu. Kena tanya dia sendiri. Hehe.

Walaupun terkilan, beliau menganggap bahawa itu adalah satu hikmah dan pemberian nikmat dari Tuhan. Berbekalkan perasaan kecewa, Acik Shafiq memasang satu impian untuk "membawa pulang" dan menghasilkan sendiri aktiviti tersebut di tanah air tercinta.

Bak kata pepatah, 'Every cloud has a silver lining' atau 'There's always light at the end of a tunnel' atau 'There's always a rainbow after every storm'. Maksud dia semua sama.

2. Bersama 7 lagi tenaga krew yang sama-sama imba, mereka mula merencana pelan dan pelaksanaan

Acik Shafiq bersama Abang Yus, Aizat, Bobby, Jep, Arm dan Achik serta beberapa lagi admin Rentas yang lain bergabung meletup dan sama-sama mengerah tenaga dan kudrat dalam melaksanakan impian yang dipasang setelah sekian lama. Namun pada mulanya, aktiviti ropeswing setinggi 60 meter ini tampak begitu mustahil untuk diterjemah menjadi satu realiti.

Macam orang cakap it's easier said than done. Mula-mula buat pengiraan atas kertas, nampak macam boleh. Tapi bila nak execute, ia tidak semudah seperti apa yang ada atas kertas.

Pasang tali tu satu hal. Nak pastikan selamat tu lagi satu hal.

Image via Instagram @rentas_adventures

Lokasi yang dipilih ialah di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sebelum ini, Rentas Adventures memang dah ada buat ropeswing. Tapi hanya berskala kecil dan bukanlah setinggi 60 meter. Ropeswing yang ni sekadar berhayun di bawah jambatan dan jauh lebih rendah dan pendek daripada yang terbaru.

Tengok video ni:

3. Cita-cita besar mesti datang dengan cabaran besar

Bukan senang nak buat ropeswing ni. Nak buat yang pendek tu pun dah leceh, apatah lagi nak buat yang berskala besar dan tinggi.

Pertama, Acik Shafiq dan rakan-rakan perlu menentukan kat mana nak pasang kabel dan macam mana nak pasang. Banyak gila benda yang perlu diteliti dan diberi perhatian sedekat mungkin. Tak boleh silap sikit langsung. Nak buat benda ni kena zero defect.

Kedua, bila dah jumpa tempat yang sesuai untuk pasang kabel, kena clear-kan laluan pulak. Proses penebangan harus dijalankan. Demi menjaga kelestarian alam, penebangan tidak boleh dilakukan secara berleluasa. Kena cantas sikit-sikit je.

Tadaa! This is the location.

Image via Instagram @rentas_adventures

Ketiga, bila laluan dah clear, barulah boleh angkat kabel yang berat tu untuk dipasang. Bukan setakat berat, panjang pulak tu. Kami sendiri tak dapat bayangkan macam mana diorang buat. Sejenis gigih namanya tu. Maklumlah, cabaran yang besar akan menjadikan sesuatu kejayaan lebih manis dan bermakna. Gittew.

4. Walaupun dah setting laluan cantik-cantik dan kemas-kemas, masalah tetap timbul

Cabaran terbesar buat Acik Shafiq dan konco-konconya ialah apabila kabel masih tersangkut walaupun laluan dah clear. Ini disebabkan pokok yang ditebang meninggalkan banyak pepohon menjalar. Memang susah untuk dapatkan laluan yang straightforward. Nak buat bengkang-bengkok memang tak boleh.

Ingatkan dah okay, rupanya banyak benda lagi nak kena buat. Nak tak nak, terpaksa juga mereka panjat balik pokok, tebang lagi sikit-sikit, angkat balik kabel yang berat tu, tegangkan semula kabel, dan pastikan semuanya dipasang dengan betul.

5. Setelah berhempas pulas, tak tidur, pewai, rasa macam nak give up, dan sewaktu dengannya selama 7 hari, akhirnya ropeswing pertama di Malaysia setinggi 60 meter berjaya direalisasikan!

Acik Shafiq ready to take off.

Image via Hamizan Zainal Abidin/Facebook

Sebagai ketua, Acik Shafiq menjadi orang pertama untuk mencuba ropeswing ini sebelum orang lain. Fuuhh! Agak-agak apalah yang bermain di fikiran dia sebelum dia terbang tu. Kalau tanya kami, tentunya kami akan kecut perut dan terus pecut meninggalkan lokasi kejadian.

Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang! Terlaksana juga akhirnya ropeswing pertama di Malaysia hasil titik peluh Acik Shafiq dan rakan-rakan Rentas Adventures yang lain. Benda macam ni memang takkan jadi kalau bukan kerana kerjasama sepasukan yang padu dan mantap. Salute korang semua!

Nah, boleh layan video Acik Shafiq terbang kat bawah ni:

Kalau kami terlibat dalam projek macam ni, confirm kami akan menitiskan air mata. Kami juga pasti krew-krew Rentas yang terlibat mesti menangis jugak sebaik sahaja mimpi yang tampak mustahil pada mulanya ini akhirnya menjadi kenyataan. Beribu ribu tahniah Rentas!

Tapi biasalah, disebabkan Acik Shafiq dan konco-konconya semua orang Malaysia, maka ramailah orang kita yang sceptical dan rasa tak selamat. Kalau Mat Salleh yang buat confirm persoalan ini takkan timbul. Ceh!

Atas rasa tanggungjawab, TSG #KasiJadi bersedia membantu menceritakan betapa selamatnya benda alah ropeswing yang orang ramai kata berisiko dan tak selamat ni.

So here it goes...

Untuk makluman, kabel yang digunakan untuk ropeswing ni bukan kabel biasa-biasa. Ini kabel luar biasa!

Kenapa kami cakap luar biasa?

Kabel ini mampu menanggung beban sekurang-kurangnya 200 tan! Bila convert, 200 tan tu adalah bersamaan 181,000 kilogram! Convert lagi, 181,000 kilogram ni sama dengan dua buah pesawat Boeing 737-900! Tak percaya cuba tanya Google.

Macam ni rupa pesawat Boeing 737-900.

Image via visitingphx.com

Bagi memastikan keselamatan maksimum, mereka juga menggunakan dua set tali untuk setiap terjunan. Sekiranya satu set tali mengalami masalah seperti putus dan sebagainya, masih terdapat satu set tali lagi sebagai back-up.

Dan satu set tali ini pula mampu menanggung beban 2 tan, bersamaan 1,800 kilogram, bersamaan dua bijik kereta Perodua Bezza. Itu baru satu set. Kalau pakai dua set, maksudnya 4 bijik kereta lah.

Kabel-kabel dan tali-tali yang digunakan juga semuanya peralatan baru. Sebelum mencuba sendiri, mereka menghayunkan beban dummy terlebih dahulu untuk melihat kesan yang mungkin terjadi.

Haaa padu kan? Kalau korang rasa tak selamat lagi tak tahulah.

Tak dinafikan risiko memang ada, tapi takkanlah diorang ni buat ropeswing sesuka hati tanpa memikirkan soal mengurangkan risiko semaksimum mungkin, ye dok?

Bak kata Acik Shafiq:

"50% safety, 50% fun. Kalau fun lebih, safety kurang, bahaya. Kalau safety lebih, fun kurang, bosan. Jadi kenalah seimbang."

The KKB Ropeswing Troopers!

Image via Instagram @rentas_adventures

Selaras dengan misi dan visi Rentas Adventures untuk menjadi penggerak utama kepada aktiviti ekstrem secara selamat yang belum pernah ada di Malaysia, kami lihat kejayaan merealisasikan ropeswing ini sebagai satu permulaan baru yang segar buat mereka. Ini merupakan satu platform terbaik untuk Rentas Adventures pergi lebih jauh di masa akan datang.

Harapan mereka agar aktiviti sukan lasak seperti ropeswing ini dapat diterima oleh masyarakat umum tanpa perlu ragu-ragu tentang soal keselamatan.

Akhir kata, jangan cakap acik tak payung!

Oh, lupa! Buat masa sekarang, Rentas Adventures sedang dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor dan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia. So stay tuned!

Follow Rentas Adventures di Instagram @rentas_adventures untuk dapatkan lebih banyak info, trip, dan macam-macam lagi benda best. Nak cuci mata also can. :P

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

Korang dah pergi Gunung Baling ke belum?

You may be interested in: