seismik

Sasaran 111 Pingat Emas Dah Tercapai, Dapat Cuti Peristiwa Ke Tak? Ini Jawapan Najib Razak

#KitaJuara!

Cover image via SAYS

Sejarah telah tercipta kerana akhirnya negara berjaya mencapai sasaran 111 emas pada Isnin lalu

Angka keramat itu dirangkul juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam Isnin lepas.

Image via @KL2017

Detik perkiraan angka 111 bermula selepas skuad gimrama meraih pingat emas ke-100 menerusi Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben dan kutipan pingat meningkat menerusi acara gimrama, terjun, silat, skuasy dan hoki sebelum skuad berbasikal negara menghadiahkan emas ke-109, 110 dan ke-111.

Sasaran tersebut telah dibuat awal bulan ini oleh Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin

Khairy memilih Twitter untuk berkongsi berita gembira apabila beliau tweet "Mission accomplished. #111 done. #KitaJuara", menunjukkan bahawa Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan.

Setelah pengumuman itu dibuat, ternyata rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah cuti peristiwa bakal diumumkan kelak?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ketika meraikan detik ini pada malam Isnin sempat berjenaka kerana begitu memahami kehendak rakyat Malaysia

Image via FMT

Katanya, ramai yang memuji dan ramai yang juga meminta cuti diisytiharkan.

Setelah soalan itu menjadi pertanyaan ramai, ini jawapan Perdana Menteri...

“Ada dua kegemaran rakyat Malaysia… satu makan, dan satu lagi cuti AM.

“Tunggu dululah sebab Sukan SEA belum habis lagi. Kita tunggu dulu,”
kata Najib seperti dilaporkan Astro Awani.

Image via NST

Kami ucapkan tahniah buat seluruh atlet negara! Semoga ada berita baik untuk kita semua dalam masa terdekat! #BangkitBersamaCutiPunBersama :D

Image via astroawani.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Semangat kesukanan macam inilah yang kita mahukan!

You may be interested in: