Satay 'Cheese' Warung Wakman Jadi Bualan. Sedap Sampai Tahap Tak Boleh Cakap!
Kata orang, SERIUS SEDAP!
Buat penggemar satay, pernahkah anda melihat dan mencuba satay yang dihidang di dalam cawan sebegini?
Dan bagaimana pula yang dihidangkan bersama keju cair yang pastinya membangkitkan selera seperti ini?
Inilah kelainan yang berada di Warung Pak Man yang tak akan anda jumpa di tempat lain
Warung ini terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan antara jenis satay yang dijual di sini adalah Satay Ayam (60 sen secucuk), Satay Daging Batang Pinang (80 sen secucuk), Satay Perut (80 sen secucuk) dan Satay Cheese (RM5 satu set).
Rasa satay yang autentik dicampur pula bersama keju dan kuahnya yang mantap pasti saja membangkitkan selera sesiapa yang menjamunya. Ianya juga disediakan dengan Nasi Impit. Memang sedap!
Bukan itu sahaja, Satay Wakman juga menyediakan servis delivery di kawasan sekitarnya dengan syarat order perlulah dibuat sekurang-kurangnya 3 order
Bagaimanapun delivery hanya dibuat pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pada jam 12 tengahari, 3.30 petang dan 5.30 petang.
Harga satay pun berbeza-beza dan anda boleh membeli secara campur. Tiada masalah!
SATAY CUP
(10 cucuk +Nasi Impit)
Harga:
Satay Cup Ayam RM9.90/cup
Satay Cup Daging RM11.90/cup
Satay Cup Perut RM11.90/cup
Satay Cup Ayam+Daging RM10.90/cup
Satay Cup Ayam+Perut RM10.90/cup
Satay Cup Daging+Perut RM11.90/cup
SATAY CHEESE
(5 cucuk per set)
Harga:
Satay Cheese Ayam RM7.00
Satay Cheese Daging RM7.00
Satay Cheese Ayam+Daging RM7.00
Kalau diperhatikan bukan satay saja kelihatan menarik, tetapi packaging juga nampak begitu simple dan nice kan?
Tetapi jangan salah sangka, warung ini bukan saja menghidangkan satay semata-mata malah menyediakan hidangan istimewa lain seperti Chilli Dog dan Laksa Penang. Tengok gambar saja pun dah tahu memang sedap!
Chili Dog dijual dengan harga RM4.50 manakala Laksa Penang dijual dengan harga RM4. Tetapi berbeza untuk delivery masing-masing berharga RM5.50 dan RM5 setiap satu.
Kata orang yang menariknya mengenai Laksa Penang Wakman ini adalah disebabkan kuah laksanya yang sedap dan betul-betul memikat.
Selain itu, buat anda yang menggemari makanan western, hidangan seperti Chicken Grill, Burger, Fish and Chips, Wedges, Lamb Chop dan banyak lagi juga ada disediakan di sini
So, orang Penang. Mai kita pekena Satay Wakman satu kali!
Alamat : No 34 Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Besar, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (8 pagi hingga 7 petang)
No. Telefon: 016-457 5251
Sila layari Facebook Satay Wakman untuk maklumat lanjut.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!