seismik

‘Saya Redha Jika Allah Mahu Ambilnya’ - Isteri Tarmimi Siregar Meninggal Dunia Pagi Tadi

Menurut Tarmimi, keadaan kesihatan isterinya mula merosot sejak tiga tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) tujuh tahun lalu.

Cover image via Google

Hari ini, 15 Mei 2020 telah perginya seorang insan yang dikenali sebagai Datin Zulhaila Siregar Sulaiman, 64, iaitu isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

Image via Google

Almarhum Datin Zulhaila dikatakan telah pergi menghadap Ilahi kira-kira jam 2 pagi, hari ini di kediamannya di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur akibat masalah pernafasan.

Menurut laporan, kali terakhir Ahmad Tarmimi berkomunikasi dengan isterinya itu adalah pada jam 11 malam semalam.

Tarmimi memberitahu selalunya jika dia bangun untuk solat Tahajud, dia akan memeriksa isterinya dahulu.

Namun hari ini dia tidak melakukannya.

Tambah Tarmimi lagi, pada jam 4 pagi barulah dia memeriksa dan mendapati isterinya sudah tidak bergerak dan kaki pun begitu sejuk.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya sebelum tidur iaitu jam 11 malam. Saya sempat hantar video kepada ahli keluarga bagi memaklumkan keadaannya yang tidak berapa okay. Pernafasannya dan oksigen kurang bagus. Dia nampak penat sangat.

"Saya nak bawa dia ke hospital, tapi disebabkan penyakit dialami membabitkan paru-paru ditambah pula musim Covid-19, jadi saya fikir ia tidak sesuai. Tidak menjangka pula dia sudah mahu pergi," katanya.

Tarmimi turut menjelaskan bahawa keadaan kesihatan isterinya mula merosot sejak tiga tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) tujuh tahun lalu.

Sakit yang dialami oleh arwah telah mencapai tahun ketujuh. Namun, ia mula merosot sejak tiga tahun lalu.

Image via Harian Metro

"Sakit dialami sudah tujuh tahun, tapi mulai merosot sejak tiga tahun lalu yang mana dia sudah tidak boleh keluar rumah. Kalau keluar pun, kena bawa oksigen bersama. Itu pun sesekali saja.

"Sejak dua minggu lalu dia sudah tidak berapa ingat, malah minggu ini pernafasannya tidak menentu. Jadi, saya bercakap pada diri, saya reda jika Allah mahu mengambilnya. Ambillah dia.

"Macam semalam pun saya pujuk dia makan dan minum, tapi tak nak. Dia sempat cakap nak peluk anak bongsu yang baru pulang dari kerja," katanya.

Jenazah sudah dibuat pemeriksaan di rumah dan tidak akan dibawa ke hospital. Malah, semua anak-anaknya juga sudah berada di rumah untuk menyegerakan urusan pengebumian.

Image via Murai MY

Jenazah arwah Datin Zulhaila akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zuhur, hari ini.

Al-Fatihah.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Innalillah...

You may be interested in: