seismik

“Saya Tak Akan Minta Sedekah” - Lelaki Ini Sanggup Jalan Kaki 20KM Demi Mencari Kerja

Semoga berjaya suatu hari nanti!

Cover image via Shuhaimi Zulkefli

Adalah menjadi impian setiap anak untuk dapat memenuhi harapan dan keinginan kedua ibu bapanya

Pasti segala usaha akan dicurahkan untuk memastikan apa yang ibu dan ayah impikan menjadi kenyataan. Begitu jugalah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengarah filem, Shuhaimi Zulkefli mengenai seorang pemuda India yang datang menemuinya mencari kerja.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

SANGGUP BERJALAN 20KM SETIAP HARI CARI SET PENGGAMBARAN

Kitorang break makan tengahari shooting drama 'Kerna Syurga Bukan Percuma' di Astro Oasis tiba-tiba aku ditegur seorang remaja India (24 tahun), menggigil tangan dia menekap perut.

"Abang director kan, ada kerja kosong tak? Saya nak kerja."

"Apa kau boleh buat dik?"

"Saya bekas pelajar Diploma Broadcast & Film di KLMU tapi belajar tak habis bang."

"Saya urus diri sendiri tapi saya sedang gagal, abang. Saya tidak punya apa-apa. tapi jiwa saya sangat kuat mahu capai cita-cita saya jadi filmmaker."

"Setiap hari saya berjalan kaki dari bilik sewa saya di Batu Caves ke bandaraya Kuala Lumpur cari set penggambaran mau minta kerja. Tidak ada sesen pun untuk naik bas."

Allahuakbar. Ceritanya sama macam aku.

"Awak dah makan belum?"

"Belum abang. Itu tidak ada masalah, abang ada kerja untuk saya? Saya mau cari rezeki yang baik bukan minta sedekah"

"Bila last kau makan?"

"3 hari lepas abang"

Allahu, jom, kita sambung cerita di meja makan. Dia pada mula tak nak, tapi tangan menekap perut itu mula melangkah.

"Saya anak tunggal, sejak kecil emak ajar saya menonton filem sebab impian dia mahu saya jadi pembikin filem. Selepas SPM, saya mahu masuk Limkokwing dan ASWARA. Tapi sudah 3 kali permohonan saya ditolak. Setiap tahun saya tunggu temuduga ASWARA akhirnya saya masuk KLMU"

"Jadi kenapa kamu tak habis belajar?"

"Emak sangat gembira bila saya masuk KLMU dan dia sangat berharap saya pegang segulung sijil dalam perfileman. Cita-cita saya juga mahu jadi seorang pengarah, pelakon dan penulis skrip. Tapi.."

"Emak meninggal dunia lepas seminggu saya mendaftar KLMU. Hidup saya yatim piatu. Tidak dapat sambung belajar lagi. Saya hanya sempat direct satu shortfilm kelas."

"Ayah tidak percaya cita-cita saya mahu jadi pengarah dan penulis skrip. Dia kata itu kerja ada 2 perkataan sahaja (action + cut) tapi susah mau dapat. Selepas emak tiada, dia tinggalkan saya tanpa apa-apa. Ini baju seluar pun orang sedekah abang."

"Saya merempat seorang diri. macam-macam kerja saya buat. Selain security guard dan kerja kasar lain, saya berjalan kaki seorang diri ke tengah bandar Kuala Lumpur untuk cari orang shooting.

"Jiwa saya sangat kuat mau jadi filmmaker. Bila sudah petang, saya jalan kaki balik Batu Caves, saya akan siapkan skrip saya sebab idea mencurah-curah."

"Pernah beberapa kali hantar proposal, skrip saya tetapi produksi tak jawab. minta kerja pun ditolak sebab saya nampak macam pengemis. Kadang-kadang saya tak makan seminggu sebab saya tak dapat duit dan ditipu."

"Kenapa kau tak minta sedekah?"

"Saya tidak akan sesekali minta sedekah, abang. Tidak mahu jadi gelandangan macam di Chow Kit. Emak ajar saya supaya jangan buat benda yang salah, biar ikhlas dan halal, jangan mengemis.

"Setiap hari berjalan ke KL cari kerja, saya akan singgah kuil untuk berdoa."

"Apa yang kau minta dalam doa kau?"

"Satu saja bang doa saya, semoga saya berjaya dalam perfileman."

Kuat impian anak muda ini untuk berdiri dalam industri seni.

"Apa semangat yang kau pegang dik?"

"Abang, aku rela mati kalah, dari hidup kalah."

Aku terdiam.

Saudara saudari dalam industri seni, yang mana ada kerja kosong produksi, carilah mamat ni. Pengalaman dia hebat, jiwa dia besar, penulisan dia mesti menarik. Ada seutas harapan yang belum tergadai di dadanya untuk titipan Malaysia.

Dia tak punya apa-apa nak berhubung, jadi aku bagi imbuhan dan paksa dia beli simkad. Kami berpisah, tak lama dia mesej aku nombor baru : +60169676096 (SHATISH)

Tonton filem pendek arahan Shatish di SINI.

Cuba tengok, monolognya sebiji macam nasib dia sekarang.

Video perbualan di antara Satish dan Shuhaimi:

Posted by Shuhaimi Zulkefli on Friday, 22 September 2017

Semoga pemuda ini berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang pembuat filem yang berjaya. Ada antara anda yang impiannya masih belum tertunai?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah menarik untuk anda:

You may be interested in: