“Saya Tak Mahu KLIA Jadi Macam Selayang” – Ketua Pengarah AKPS

AKPS memainkan peranan penting bagi memastikan pintu masuk negara tidak menjadi ruang kepada kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Vietjet Air & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan beliau tidak mahu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi lokasi kegiatan 'ulat' warga asing

Menurut laporan Sinar Harian, penubuhan AKPS bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pentadbiran, sebaliknya agensi itu diberi amanah bagi memastikan keselamatan serta membanteras elemen jenayah di pintu masuk negara.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk yang meminta saya teruskan apa jua usaha untuk memperbaiki keselamatan pintu masuk negara.

"Saya amat-amat menghargainya dan itulah semangat saya pegang untuk saya terus berusaha untuk mengubah prasarana ataupun keselamatan di pintu masuk negara.

"Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang. Jadi saya rasa cukup jelas inisiatif dan motivasi kami di AKPS ini.

"Kerajaan menubuhkan kami ada sebab, bukan suka-suka,"
katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Mohd Shuhaily berkata, usaha memperkukuh keselamatan dan prasarana di semua pintu masuk negara akan terus diberi perhatian

Beliau turut menghargai sokongan yang diterima kerana ia menjadi dorongan kepada beliau serta warga AKPS untuk meningkatkan aspek keselamatan di pintu masuk negara.

Katanya, AKPS memainkan peranan penting bagi memastikan pintu masuk negara tidak menjadi ruang kepada kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Ketika saya mula menyertai AKPS, rakan pasukan banyak membantu dan membimbing mengenai hala tuju agensi ini.

"Saya berterima kasih kepada pasukan saya, bukan sahaja di ibu pejabat malah di semua di pintu masuk negara, semakin hari semakin menunjukkan prestasi yang baik,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: