seismik

"Saya Tak Curi Duit Rakyat," - Sindir Mat Sabu Pada Najib Yang Menggelarnya Menteri Kartun

DS Najib sebelum ini telah mempersoalkan kredibiliti Mat Sabu di samping memanggilnya 'kartun'.

Cover image via Berita Daily

Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu telah membidas DS Najib Razak yang menggelarnya Menteri 'kartun' dan 'joker'

Image via Biswardi Hasbi

DS Najib pada suatu acara kempen untuk Barisan Nasional di Sungai Kandis telah mempersoalkan kredibiliti Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu di samping memanggilnya 'kartun'.

"Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai beret pun macam kartun. Naik kapal perang cakap tentang kari ikan.

"Anda adalah Menteri Pertahanan. Bercakap tentang dasar pertahanan negara, bukan tentang kari ikan. Ini bukan bahan Menteri Pertahanan. Ini joker," katanya.

Mat Sabu bagaimanapun membalas kenyataan bekas Perdana Menteri itu dengan sindiran ketika berkempen di Sungai Kandis bahawa dia mengajar memasak apabila melawat para kenamaan

"Saya bertemu dengan Setiausaha Pertahanan AS. Saya berbincang dengannya mengenai cara memasak sambal belacan," kata Presiden Parti AMANAH itu.

Sindirannya itu bersambung apabila beliau berkata bahawa beliau telah membincangkan berkenaan kari kepala ikan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop di Parlimen.

“Hoi Najib, apalah hang ini b*doh sangat,” kata Mat Sabu ketika menyampaikan hujahnya sempena pilihan raya kecil Sungai Kandis malam tadi.

“Dia kata [saya hanya] tahu masak, macam mana hendak jadi menteri pertahanan?

“Saya tahu masak ka, tidak pandai memerintah ka, yang penting, saya tidak akan curi duit rakyat.” 

DS Najib sebelum ini telah menyatakan bahawa Mat Sabu tidak layak memegang jawatan Menteri Pertahanan kerana asyik berbicara tentang isu makanan

Image via Berita Harian

Mat Sabu merupakan antara kumpulan menteri kanan pertama yang dinamakan oleh Perdana Menteri kini, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kemenangan Pakatan Harapan pada bulan Mei lalu.

Beliau telah melanjutkan pengajian di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan pemakanan di UiTM.

Lihat video Mat Sabu sindir DS Najib di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel tentang Mat Sabu di bawah:

You may be interested in: