Scammer Kuih & Juadah Raya Makin Berleluasa, Hampir RM300,000 Kerugian Direkodkan Tahun Ini
Jangan terpedaya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis Perak berjaya kesan tujuh kes penipuan menggunakan modus operandi tempahan kuih raya dan juadah Aidilfitri menyebabkan kerugian keseluruhan hampir RM300,000 tahun ini
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata sindiket itu menyasarkan peniaga makanan terutamanya pengusaha katering dan pastri dengan membuat tempahan makanan atau kuih dalam jumlah tertentu sebelum memperdaya mangsa dalam membuat bayaran kepada pihak ketiga.
Menurutnya, suspek akan membuat tempahan katering sebelum turut memesan item yang tidak disediakan dalam inventori mangsa sebelum menyuruh mangsa menghubungi individu tertentu yang kononnya mampu menyediakan item terbabit.
"Dia akan menghubungi mangsa sekali lagi untuk item yang dia tahu mangsa tidak buat, contohnya nak tempah keris.
"Jadi bila katering atau pastri ni kata tak boleh buat maka dia (suspek) akan mengusulkan satu nombor telefon pula untuk mangsa menghubunginya," katanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Image via L Manimaran.Dua kali terkena tipu helah scammer
Tambah Noor Hisam, nombor yang diberikan kepada pengusaha itu juga sebenarnya adalah scammer yang kononnya barang yang diminta boleh ditempah melaluinya. Selepas bayaran dibuat pengusaha itu barulah mangsa sedar sudah ditipu.
"Jadi dalam kes sebegini mangsa menanggung dua kerugian iaitu kerugian menyediakan kek atau juadah yang ditempah dan kerugian selepas membuat pembayaran kepada scammer (suspek) yang kononnya pihak ketiga tadi," katanya.
Katanya, modus operandi terbabit sebenarnya sudah dikesan sejak tahun lalu dengan 66 kes penipuan direkodkan di negeri ini.
"Memang ini adalah MO (modus operandi) terbaru yang kita lihat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via