seismik

Sebelum Guna BNPL Atau Kad Kredit, Pastikan Anda Buat Perkara Ini Dulu Jika Nak Berbelanja

Beringat-ingat ketika membeli-belah, jangan terlebih belanja pula!

Cover image via ASNBmy (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh ASNB.

Jualan akhir tahun kian tiba, pastinya ramai pengguna menggunakan platform digital sebagai medium melakukan pembayaran transaksi untuk pembelian barangan bukan?

Malah, jumlah pengguna digital juga semakin meningkat disebabkan bayaran cashless ini lebih mudah berbanding pembayaran wang tunai.

Tidak dinafikan, BNPL ini boleh membantu anda untuk membuat pembelian dengan nilai besar tanpa menjejaskan bajet kewangan pada bulan tersebut. Dengan BNPL poket terasa 'kurang sakit' kerana boleh membuat pembayaran secara ansuran dengan menggunakan kredit.

Kalau bayar tunai atau penuh, terasa 'sakitnya' bila tengok duit tu hilang dari akaun bank kita kan? Namun, anda kena ingat ‘kesakitan’ itu akan tetap ada sekiranya ansuran BNPL ini semakin bertambah dan bertambah yang menyebabkan perbelanjaan bulanan meningkat tanpa kita sedar.

Tidak salah untuk berbelanja bagi keperluan harian dan keinginan sekali-sekala, namun penting juga untuk menjaga kewangan jangka panjang anda

Pastikan setiap pembelian sesuai dengan bajet bulanan anda dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan poket sendiri. Paling penting sekali adalah untuk asingkan sebahagian wang anda bagi simpanan masa hadapan dan jangka panjang.

Simpanan sebaiknya disimpan di tempat pelaburan yang boleh memberi pulangan stabil dan dipercayai seperti dalam unit amanah di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

ASNB memahami betapa sukarnya bagi rakyat Malaysia untuk menyimpan demi masa depan mereka, sambil mengimbangi keperluan harian dan keinginan

Untuk menangani isu ini, ASNB telah mengeluarkan sebuah filem pendek baru yang mengisahkan tentang pergelutan yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia dalam usaha membina simpanan untuk masa depan.

Bertajuk 'Bina Simpanan, Bina Kegembiraan', video tersebut menggambarkan usaha seorang pemuda yang cuba membahagikan pendapatannya sebaik mungkin untuk bil bulanan, keperluan harian, gaya hidup, pemberian kepada keluarga, dan simpanan untuk masa depan.

Selepas membayar pelbagai komitmen, dia mendapati hanya tinggal sedikit sahaja baki untuk simpanannya. Ketika itulah, dia digoda oleh tawaran pinjaman dan skim pelaburan yang mencurigakan namun ibu bapanya hadir untuk mengingatkannya tentang pilihan pelaburan yang dipercayai sejak dulu iaitu pelaburan ASB.

Bagi mereka yang mahukan cara mudah untuk membina pelaburan buat masa depan mereka, aplikasi myASNB sedia membantu!

Image via myASNB

Semua rakyat Malaysia boleh melabur dalam pelbagai unit amanah di ASNB menerusi pelbagai saluran iaitu di cawangan ASNB dan ejen, perbankan internet serta cara paling mudah dan pantas iaitu melalui aplikasi myASNB.

Dengan aplikasi myASNB anda boleh memilih untuk melabur dalam unit amanah seperti Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Nasional (ASN), dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta menguruskan akaun pelaburan ASNB pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Pada masa ini, myASNB mempunyai dua kaedah yang memudahkan pelaburan dan simpanan untuk masa depan:

1. Auto Labur

Kaedah ini membolehkan anda menetapkan pelaburan bulanan secara automatik ke dalam unit amanah melalui platform myASNB.

Mulai sekarang hingga 31 Disember, anda berpeluang untuk mendapatkan unit amanah percuma dengan mendaftar atau menambah jumlah potongan Auto Labur di aplikasi myASNB.

Pengguna yang mengekalkan pelaburan mereka selama dua bulan berturut-turut akan layak menerima sehingga RM50 dalam bentuk unit amanah, bergantung kepada jumlah pelaburan anda.

Selain itu, 500 pendaftaran Auto Labur baharu pertama setiap bulan akan diberikan RM10 unit percuma.

2. Ria (Robo-advisor)

Ria ialah ciri baharu dalam aplikasi myASNB yang menguruskan pelaburan anda secara automatik menggunakan inovasi teknologi.

Melalui Ria, anda boleh menikmati cara mudah untuk melabur tanpa perlu menjadi pakar kerana Ria akan mengenal pasti portfolio pelaburan anda berdasarkan profil risiko yang sesuai dengan matlamat pelaburan anda.  

Hanya memerlukan minimum RM100 untuk mula melabur dan Ria akan laburkan dalam portfolio yang sepadan dengan risiko anda serta mengimbangkan portfolio secara automatik.

Dari sekarang hingga 31 Disember, ASNB menawarkan RM10 kepada pelabur Ria sedia ada untuk setiap rakan baru yang melabur Ria dengan menggunakan kod rujukan dalam myASNB.

Hanya perlu kongsikan kod rujukan mereka kepada rakan dan berpeluang terima RM10 apabila rakan tersebut mula melabur Ria. Rakan anda juga berpeluang terima RM10 sebagai bonus alu-aluan!

Daftar myASNB dan mula melabur unit amanah ASNB anda hari ini dan jangan lupa muat turun aplikasi myASNB di iOS atau Android.

Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan pelaburan yang tersedia di myASNB, anda boleh layari laman web rasmi mereka atau klik sahaja di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik