Semua Urusan Di JPN Kini Lebih Mudah & Cepat Dengan Hanya Bayar Guna Kad Debit Atau Kredit
Mudah dengan kad, kini anda tidak perlu risau lagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Sedar tak sedar, banyak sebenarnya kenangan kita semasa berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Bermula dari pendaftaran kelahiran cahaya mata hingga pendaftaran kematian seseorang. Kini urusan di JPN lebih mudah dan pantas dgn kaedah pembayaran tanpa tunai.
Malah, JPN turut menggalakkan orang ramai untuk membuat pembayaran menggunakan kad bank debit atau kad kredit!
Semua urusan di JPN kini terima pembayaran menggunakan kad debit atau kredit dengan kerjasama PayNet
Tahukah anda, pembayaran tanpa tunai dengan kad debit atau kredit bakal diterima di kesemua cawangan JPN di seluruh negara termasuk di program-program MEKAR JPN iaitu melalui bas serta van perkhidmatan JPN.
Ia merangkumi setiap urusniaga di JPN seperti kelahiran, kematian serta anak angkat, kad pengenalan, kewarganegaraan, perkahwinan dan perceraian.
Dalam satu kenyataan rasmi, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Tuan Badrul Hisham Bin Alias berkata, secara keseluruhannya kita melibatkan 3 fasa sehingga November tahun ini.
"Untuk rekod kita telah selesai sepenuhnya bagi fasa dua melibatkan 170 cawangan keseluruhannya.
"Kini JPN dan Paynet dalam fasa terakhir iaitu Fasa ke 3 yang melibatkan 48 cawangan Pejabat JPN di Sarawak yang masih dalam tindakan," katanya.
Tiada had minima jumlah pembayaran diperlukan
Dalam pada itu, pihak JPN percaya pembayaran tanpa tunai ini bukan sahaja memudahkan, mempercepatkan dan meningkatkan keselamatan transaksi, tetapi juga menjadikan pengurusan kaunter JPN lebih efisien.
Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko berkaitan pengurusan tunai seperti ketirisan, peluang rasuah, dan kehilangan wang.
Oleh itu, tiada had minima jumlah pembayaran diperlukan jika anda ingin melakukan apa-apa urusan di kaunter JPN.
Jangan risau jika kad bank anda hilang ketika berurusan di JPN, kakitangan JPN sedia membantu anda dan ada pertimbangan khusus untuk kes-kes kecemasan seperti membantu golongan warga emas di luar bandar yang mungkin tidak memiliki kad debit atau kad kredit.
"Dasar Kerajaan bukanlah untuk membebankan rakyat. Kami percaya bahawa dengan menyediakan pilihan tambahan untuk kaedah pembayaran di kaunter JPN, ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai," ujar Tuan Badrul Hisham Alias lagi.
Lancar Kempen Cashless Boleh 4.0 yang telah berlangsung dari Disember 2023 hingga November 2024
PayNet telah menganjurkan Kempen Cashless Boleh 4.0 yang berlangsung sepanjang tempoh Disember 2023 hingga November 2024. JPN telah turut serta mengambil bahagian dan tersenarai di bawah kategori B, agensi Kerajaan Persekutuan yang mencatat 500,000 hingga 5 juta transaksi sepanjang Kempen Cashless Boleh 3.0.
Melalui pelaksanaan kempen terkini ini, PayNet menyasarkan kadar penggunaan pembayaran digital sebanyak 86% di 20 agensi Kerajaan Persekutuan dalam Kempen Cashless Boleh 4.0.
Dengan pelaksanaan kempen ini disasarkan peningkatan penggunaan kaedah pembayaran secara digital di JPN mencapai sehingga 90% bagi tahun 2024 berbanding 60% pada tahun 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai JPN dan Kempen Cashless Boleh 4.0 ini anda boleh sahaja klik di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!