seismik

Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pindaan Hukum Hudud Terbaru Kelantan

Cita-cita kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Hudud bakal tercapai.

Cover image via abnxcess.com

Sejak April tahun lalu lagi, kerajaan Kelantan telah membuat keputusan untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu pada tahun 2015

Gambar sekadar hiasan.

Image via vk.me

Kerajaan Kelantan akan menyiapkan rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun 2015.

astroawani.com

Dua hari lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selesai membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan

Image via astroawani.com

Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah:

1. Sariqah (mencuri)
2. Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)
3. Zina termasuk liwat
4. Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)
5. Syurb (minum arak atau memabukkan)
6. Irtidad (murtad)

astroawani.com

Selepas pindaan dibahaskan, ia akan menjalani proses undian sama ada Hudud ditolak atau disokong. Adakah Kerajaan Kelantan mendapat sokongan?

Rang undang-undang itu dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk 12 ADUN Barisan Nasional (BN).

Undang-undang Hudud hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya.

Ahmad Yakob juga memberi jaminan bahawa undang-undang tersebut tidak akan dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika pembentangan.

Image via bharian.com.my

"Di sini saya nak jelaskan bahawa Kanun Jenayah II adalah terpakai kepada orang Islam sahaja iaitu orang Islam yang mukalaf yang melakukan kesalahan di bawah Kanun ini, di negeri ini. Ini bermakna, Kanun ini sama sekali tidak terpakai ke atas orang bukan Islam," tegasnya.

Antara lainnya, pindaan baru ini memansuhkan peruntukan yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam – sama ada ingin dibicarakan mengikut undang-undang syariah atau undang-undang sivil.

malaysiakini.com

4 pindaan lain dalam Rang undang-undang Hudud terbaru:

1. Kesalahan murtad

Kesalahan murtad boleh dikenakan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Murtad yang disebut sebagai irtidad atau riddah dalam pindaan enakmen itu menegaskan sesiapa SECARA SUKARELA TANPA PAKSAAN, dengan sengaja atau disedarinya melakukan apa-apa perbuatan atau mengungkapkan apa-apa perkataan yang menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah Islam adalah melakukan irtidad.

“Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh mana-mana orang atau keadaan,” menurut Bahagian 22 pindaan enakmen tersebut.

freemalaysiatoday.com

2. Pengecualian dari hukum Hudud

Image via wordpress.com

Selain itu, ia turut meminda peruntukan yang memberi pengecualian dari hukum hudud, termasuk peruntukan untuk tidak memotong tangan seseorang pencuri yang sudahpun cacat di sebelah tangan, dan sekiranya pesalah itu memperoleh hak mengikut undang-undang ke atas harta yang dicuri itu, sebelum penghakiman dibuat.

freemalaysiatoday.com

3. Tuduhan zina dan liwat

Pindaan ketiga yang dibuat ialah beban bukti bagi mereka yang melaporkan kes zina dan liwat, di mana di bawah enakmen yang sedia ada, sesiapa yang membuat tuduhan zina atau liwat tanpa empat orang saksi boleh dikenakan hukum qazaf.

Rang undang-undang baru ini juga membolehkan penuduh memberi keterangan melalui syahadah atau bayyinah (keterangan yang jelas) dan kebal daripada hukuman jika kemudiannya ditentukan bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan salah laku itu.

freemalaysiatoday.com

4. Kesalahan liwat suami isteri

Image via cloudfront.net

Manakala pindaan keempat melibatkan kesalahan liwat antara suami dan isteri, yang memperuntukkan hukuman ta'zir sekiranya didapati bersalah.

Pindaan baru ini juga memansuhkan peruntukan yang menyatakan perbuatan seks antara perempuan, necrofilia (mayat) dan binatang sebagai jenayah.

astroawani.com

Bagaimanapun, Rang undang-undang itu mengekalkan hukuman rejam sampai mati, sula dan salib.

Dalam ucapannya juga Ahmad berkata, pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkannya adalah “golongan yang tidak beriman”

Image via tv14.my

Beliau merujuk kepada pihak yang mendakwa enakmen jenayah syariah itu sebagai “zalim dan tidak berperikemanusiaan”.

"Tuduhan yang menyatakan undang-undang ini zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah tuduhan liar yang terbit dari hati orang-orang yang tidak beriman," katanya.

astroawani.com

KLIK DI BAWAH untuk lebih memahami tentang hukum Hudud:

Tekan 'Like' pada Facebook SAYS SEISMIK dan dapatkan segala cerita mesti kongsi setiap hari!

You may be interested in: