Sejumlah 11,000 Individu Dilaporkan Hilang Kerja Di Selangor Sejak Januari Lepas

DOSM sebelum ini melaporkan kadar pengangguran negara meningkat semula kepada tiga peratus pada April 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mohd Rasfan/AFP & Dzargon

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Individu hilang pekerjaan sejak Januari hingga minggu lalu direkodkan kira-kira seramai 11,000 orang di Selangor

Menerusi laporan Berita Harian, kebanyakan kes adalah melibatkan sektor pembuatan, makanan dan minuman serta pelancongan.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu berkata angka itu diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan akan diteliti semula sebelum kenyataan penuh dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Maklumat yang saya terima daripada DOSM menunjukkan kira-kira 11,000 individu kehilangan pekerjaan, kebanyakannya dalam sektor pembuatan, makanan dan minuman serta pelancongan.

"Saya akan meneliti semula semua data ini sebelum mengeluarkan kenyataan penuh tidak lama lagi," katanya.

SAYS.com

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu.

Image via Berita Harian

Kerajaan negeri laksana inisiatif Karnival Job Care di Selangor

Bagi menangani masalah pengangguran, Papparaidu memaklumkan kerajaan negeri meneruskan penganjuran Karnival Job Care di setiap daerah, dengan enam daerah lagi belum dilaksanakan.

Menurutnya, kira-kira 1,600 individu berjaya memperoleh pekerjaan menerusi program berkenaan setakat ini, termasuk melalui Job Care Premium yang menawarkan peluang pekerjaan bergaji lebih tinggi dengan kerjasama Invest Selangor dan industri aeroangkasa, serta Job Care Istimewa yang memberi tumpuan kepada golongan rentan.

DOSM sebelum ini melaporkan kadar pengangguran negara meningkat semula kepada tiga peratus pada April 2026 dengan jumlah penganggur mencecah 511,800 orang.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh negara meningkat 0.1 peratus kepada 17.33 juta orang pada April berbanding 17.31 juta pada Mac, manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus.

Pada masa yang sama, jumlah penduduk bekerja turut meningkat 0.1 peratus kepada 16.82 juta orang berbanding 16.80 juta pada bulan sebelumnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: