seismik

"Sekarang Bila Dia Jadi Kerajaan, Dia Dapat Bagi Gula-Gula Kepada Banyak Orang" - Tun M

Moga yang terbaik buat Malaysia.

Cover image via Astro Awani & steemit.com

Umum kini sudah mengetahui bahawa Malaysia pada hari ini telah diterajui oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas tumbangnya Pakatan Harapan (PH) beberapa minggu lalu

Susulan daripada itu, Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya itu akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Usul undi tidak percaya itu akan dibawa ke Parlimen susulan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan yang mana PH mendakwa tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Namun terbaru, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin dijangka mampu bertahan hingga pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu dinyatakan beliau sendiri dalam satu wawancara bersama Sinar Harian, semalam

Image via Malaymail

Memetik laporan portal itu, beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata pada ketika ini Muhyiddin dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara.

Justeru katanya, PH tidak mungkin berjaya membawa usul tidak percaya itu di Dewan Rakyat.

“Boleh bertahan sampai PRU. Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana.

“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.

“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya.

Tun Mahathir dalam pada itu berkata bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah punca kepada kejatuhan kerajaan PH

Image via Inforakyat

“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.

“Sebab itu dia mencuba dengan begitu lama namun pendekatan beliau tidak berkesan dan akhirnya gagal, akhirnya kami yang menang,” katanya lagi.

Kerajaan Perikatan Nasional pun sudah dibentuk ketika ini. Tiada apa yang diharapkan oleh rakyat melainkan melihat kesemua pemimpin dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: