seismik

Bengang Selalu Dimarahi, Pemuda 22 Tahun Bunuh Majikan, Isteri, & Anak Sampai Putus Kepala

Dikatakan motif utama pembunuhan ialah dendam.

Cover image via Detik

Baru-baru ini di Indonesia, seorang lelaki telah ditangkap kerana membunuh keluarga majikannya termasuk anak mangsa yang berusia lapan tahun

Memetik laporan Harian Metro,  suspek yang dikenali sebagai Ridwan, 22, ditangkap ketika beliau merancang untuk melarikan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada petang Rabu lalu.

Image via Detik

Jabatan Jenayah Polis (Reskrim Polresta) Banda Aceh dengan kerjasama Polis Daerah unit Kejahatan dan Kekerasan (Jatanras Polda) Sumatera Utara dilaporkan berjaya menangkap suspek.

Suspek dilaporkan telah membunuh majikannya, Tijsun, 45, dan isterinya Minarni, 40 serta anak mereka yang hanya berusia 8 tahun. Polis menjumpai ketiga-tiga mangsa di rumah mereka di Kecamatan Kuta Alam, Kota Banda Aceh.

Dilaporkan punca utama di sebalik pembunuhan itu adalah dendam.

“Suspek bekerja di kedai runcit milik mangsa. Suspek tergamak membunuh keluarga majikannya kerana terlalu sakit hati akibat sering dimarahi setiap kali melakukan pekerjaan,” kata jurucakap Polis Daerah Aceh (POLDA), Kombes Misbahul Munauwar.

Image via Detik

Mayat Tjisun ditemui dengan luka di bahagian leher, manakala isterinya, ditemui dalam keadaan terlantar tanpa pakaian dengan bekas luka dan cekikan di leher, manakala anak mereka telah ditetak sehingga putus kepala

Image via Detik

Dalam keterangan Ridwan, kejadian itu berlaku pada petang Jumaat 5 Januari lalu sekitar jam 5 petang. Selepas membunuh kesemua mangsa, suspek mengunci semua pintu kediaman keluarga itu.

Hasil siasatan bersama suspek membuktikan bahawa dakwaan mengenai isu perkauman adalah tidak benar sama sekali

“Keterangan daripada suspek sekali gus menepis dakwaan media daripada beberapa pihak media yang mengatakan kes ini berkait dengan perkauman,” kata Kombes Misbahul Munauwar.

Hasil pemeriksaan dari bedah siasat mendapati bahawa luka pada ketiga-tiga mangsa menunjukkan bahawa mereka diserang menggunakan pisau.

Suspek didakwa kerana membunuh dan berdepan hukuman penjara 18 tahun.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda sudah baca kes kekejaman lain yang berlaku di Indonesia? Baca di BAWAH:

You may be interested in: