seismik

Dituduh Ada 'Affair', Pembantu Makmal Kolej Vokasional Tikam Dan Cekik Kerani Sampai Mati

Suspek dikatakan pernah menjalani rawatan mental.

Cover image via Harian Metro

Seorang pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Banting bertindak membunuh rakan sekerjanya akibat selalu disindir

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang semalam, mayat mangsa ditemui di stor pejabat kolej berkenaan akibat ditikam dengan pisau oleh suspek. Beberapa kesan tikaman turut kelihatan di bahagian leher dan badan mangsa.

Mangsa, Zaimah Mahmod, 57, ibu tunggal yang berasal dari Terengganu merupakan ketua kerani yang telah berkhidmat selama 18 tahun di kolej tersebut.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada suspek sendiri yang mengaku baru membunuh mangsa

Image via Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata kejadian dipercayai berpunca daripada dendam kerana lelaki itu sering disindir mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan di tempat kerja.

Semasa pembunuhan berlaku, hanya suspek dan mangsa sahaja yang berada di tempat kejadian.

Siasatan mendapati bahawa lelaki itu yang berusia 28 tahun pernah menjalani rawatan mental selain pernah melakukan cubaan bunuh diri akibat kemurungan

Kata Azizan, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat, manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes bunuh:

You may be interested in: