seismik

Selamba Guna Telur Ada Najis Ayam, Kedai Roti Canai Famous Di Pulau Pinang Diarah Tutup

Kembang tekak.

Cover image via @naimullah.johari (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti mana yang kita tahu, setiap premis makanan perlulah menjaga kebersihan demi menjaga kesihatan para pelanggan

Kes keracunan makanan sudah sering terjadi gara-gara kebersihan kedai yang tidak dijaga seperti ada telur lalat dan pinggan mangkuk tidak dibersihkan.

Baru-baru ini, tular sebuah kedai roti canai terkenal di Pulau Pinang diarah tutup gara-gara menggunakan telur ayam yang masih bernajis telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Premis diarah tutup selama dua minggu dan dikenakan kompaun RM500

Menerusi video yang dimuat naik oleh @naimullah.johari, kelihatan salah seorang penebar roti canai di sebuah kedai roti canai terkenal di George Town, Pulau Pinang telah meletakkan telur ayam yang tidak dibasuh dalam sebuah bekas.

Apa yang mencuri tumpuan adalah terdapat telur sudah pecah juga disertakan dalam bekas yang sama. Individu itu kemudian menggunakan telur dari bekas berkenaan untuk membuat roti canai bagi dihidangkan kepada pelanggan.

Susulan tindakannya itu, premis berkenaan telah diarah tutup selama dua minggu serta dikenakan kompaun RM500.

"Ramai yang lupa kebersihan tu antara syarat makanan halal" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.5M tontonan, 14.4K tanda suka dan 3.6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing selepas melihat tindakan penebar roti canai itu yang tidak menjaga kebersihan makanan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Harap-harap premis ambil pengajaran dan jaga kebersihan makanan lepas ni. Kesian dekat pelanggan yang datang makan :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: