seismik

Apa Beza Khasiat Telur Ayam Kampung & Telur Biasa? Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan

Okay, baru tahu.

Cover image via Utusan Malaysia , Impiana , The Edge Markets

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Telur adalah makanan yang mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan kita

Bukan itu saja, telur juga mengandungi sumber protein yang tinggi untuk mengekalkan nutrisi dalam tubuh badan manusia.

Tidak dinafikan, telur merupakan makanan yang paling mudah didapati khususnya menjadi pilihan utama para pelajar asrama atau universiti. Kalau nak jimat, telurlah solusinya.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis telur seperti telur ayam kampung, telur organik, telur omega dan lain-lain lagi. Ia juga mengandungi khasiat yang berbeza. Tahukah anda perbezaan khasiat antara telur ayam kampung dan telur biasa?

Lihat perkongsian ilmu daripada seorang doktor di bawah ini:

Telur ayam kampung sebenarnya dapat menguatkan tenaga batin

Menerusi perkongsian posting di Facebook Dr Suhazeli Abdullah, dia memberitahu bahawa khasiat pertama telur ayam kampung ialah boleh menguatkan tenaga batin.

"Pengkaji dari Norway pada tahun 1997 telah membuat kajian memakan telur yang telah disenyawakan (fertilized egg) boleh meningkatkan tenaga batin lelaki. Kajian ini ambil ayam kampung di Norway lah bukan Malaysia dan kajian ini ada sedikit bias serta jumlah sampel kajian sedikit sahaja,"

"Khasiat kedua ialah ayam kampung mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin. Kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa," katanya.

Banyak rupanya khasiat telur ayam kampung ni, mungkin ada di antara kita yang baru tahu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: