seismik

Selamba Main Gasing Mainan Sebelah Tanah Perkuburan, Gelagat Kanak-Kanak Ini Jadi Bualan

Berani betul main sebelah kubur.

Cover image via

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman bermain ketika kanak-kanak sudah menjadi lumrah bagi menghilangkan rasa bosan mereka

Apatah lagi jika hidup berjiran, daripada pagi hingga ke petang hanya memikirkan permainan untuk main bersama sahaja.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan gelagat sekawan kanak-kanak dengan selamba bermain permainan mereka pada waktu malam telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Main gasing mainan bersebelahan tanah kubur

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @sitimurnie89 di TikTok, kelihatan beberapa orang kanak-kanak perempuan dengan selamba bermain gasing mainan bersebelahan tanah perkuburan.

Apa yang lebih menariknya adalah mereka tidak ada rasa takut walaupun bermain pada waktu malam.

Khabarnya, kanak-kanak itu bermain berdekatan tanah perkuburan kerana ingin menemani mak cik mereka berniaga di situ.

"Kebal sungguh hati budak-budak ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 366.5K tontonan, 9.2K tanda suka dan 547 komen di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dan kagum dengan keberanian kanak-kanak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kecik-kecik dah berani, min dulu kalau balik mengaji memang auto pecut kalau lalu sebelah kubur :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: