seismik

Kini Anda Boleh Semak Baki Kad Touch 'N Go Menerusi Telefon Pintar. Macam Ni Caranya

Kemas kini terbaru membolehkan pengguna memaut 3 kad Touch 'n Go ke aplikasi.

Cover image via SAYS via Li Yin Yeoh

Touch 'n Go baru-baru ini mengemas kini aplikasi e-wallet untuk membolehkan pengguna memautkan atau sync kad Touch 'n Go mereka ke telefon pintar

Aplikasi yang diperkenal pada awal tahun ini berfungsi sebagai dompet tanpa tunai untuk membayar segala keperluan seperti bil utiliti, kredit prabayar dan pasca bayar, tiket wayang, dan tiket penerbangan.

Kemas kini terkini membolehkan pengguna memaut lebih daripada satu kad Touch 'n Go ke aplikasi supaya boleh menyemak baki dengan mudah.

Image via Zing Gadget

Ikuti langkah di bawah untuk memaut kad Touch 'n Go anda ke aplikasi:

1. Muat turun aplikasi, daftar, dan klik pada 'TNG Card'

Image via SAYS

2. Masukkan nombor siri kad Touch 'n Go anda

Nombor siri tertera pada bahagian belakang kad.

Image via SAYS
Image via SAYS

3. Sebaik memasukkan nombor siri, baki kad akan tertera pada skrin.

Anda juga boleh klik pada 'ADD A NEW TNG CARD' untuk memaut sehingga tiga kad Touch 'n Go ke telefon anda.

Sekiranya anda menggunakan kad pengenalan (IC) sebagai kad Touch n 'Go, nombor siri boleh didapati pada resit apabila anda tambah nilai.

Image via SAYS

Baki kad boleh disemak melalui aplikasi pada bila-bila masa, namun mungkin terdapat kelewatan selama sehari untuk mengemaskini setelah berlaku transaksi

Image via SoyaCincau

Menurut SoyaCincau, bayaran tol hanya akan direkod dalam masa 48 jam dari masa transaksi sebenar.

Pengguna juga boleh melihat transaksi sehingga 30 hari dengan mengklik pada Transaction History.

Walau bagaimanapun, masih belum ada cara untuk tambah nilai kad Touch 'n Go menerusi aplikasi tersebut

Buat masa sekarang, urusan tambah nilai masih perlu dilakukan melalui online banking, ATM, atau kiosk dan kedai khas Touch 'n Go.

Muat turun aplikasi Touch 'n Go untuk iOS dan Android sekarang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baru-baru ini juga, penjualan SmartTAG telah diberhentikan:

You may be interested in: