seismik

Jualan SmartTAG Diberhentikan Serta Merta Dan Peralihan Ke RFID Akan Bermula Bulan Depan

Namun begitu, pengguna SmartTAG yang sedia ada masih boleh menggunakannya seperti biasa.

Cover image via Google

Touch 'n Go telah mengumumkan yang mana mereka telah mula menghentikan jualan SmartTAG dan akan mula untuk menggunakan sistem RFID. Ianya merupakan sebuah pelekat dilengkapi cip RFID yang ditampal pada kenderaan.

Image via Google

Mengapa Touch n' Go menghentikan jualan SmartTAG?

Touch 'n Go dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya utama dalam peringkat persediaan untuk memperkenalkan teknologi RFID kepada semua pengguna lebuh raya.

Apakah yang dimaksudkan dengan RFID?

RFID merupakan teknologi yang digunakan dalam sistem pembayaran tol elektronik dan telah diguna pakai di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan.

Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkandung di dalam satu pelekat yang kemudiannya ditampal pada kenderaan.

Pelekat RFID ini akan diberi kepada setiap kenderaan dan tidak boleh dipindah hak milik. Ianya akan dihubungkan dengan aplikasi mudah-alih, Touch 'n Go eWallet.

Penamatan tarikh akhir jualan SmartTAG telah berkuatkuasa serta merta.

Image via Amanz

Apa pula yang akan berlaku kepada pengguna SmartTAG yang sedia ada?

Penamatan jualan SmartTAG tidak memberi kesan kepada penggunaan peranti SmartTAG. Pengguna masih boleh menggunakan SmartTAG yang sedia ada seperti biasa.

Sistem baru ini hanya akan berkuatkuasa secara rasminya pada bulan Januari, 2019.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin mendaftar untuk ujian percubaan tag RFID, anda boleh menghantar maklumat anda ke laman web: www.touchngo.com.my

Sebaik sahaja mendaftar, anda akan mendapat e-mel untuk mendaftarkan maklumat kenderaan anda dan membuat temu janji untuk pemasangan RFID melalui sistem pelantikan Portal Touch 'n Go RFID.

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem RFID ini, boleh klik di link ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Peranti SmartTAG 'gemuk' telah pun diberhentikan pada Julai yang lalu:

Leave a comment