Hakim Tegur Bekas Siak & Wanita Cuba Berzina Di Bilik Jenazah – “Nasib Baik Tak Jadi Jenazah”

Kalau tidak terus dimandikan di situ.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro / YouTube

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu teguran telah diberikan kepada seorang bekas siak dan seorang wanita berstatus isteri orang yang didakwa mencuba untuk berzina

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Mawardi Che Man telah menegur bekas siak masjid dan seorang wanita berstatus isteri orang yang didakwa melakukan percubaan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu.

"Nasib baik tidak jadi jenazah semasa melakukan perbuatan itu, kalau tidak terus dimandikan di situ," kata beliau.

Menurut laporan daripada Harian Metro, tertuduh lelaki berusia 48 tahun dan wanita 51 tahun telah mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan sebelum dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 18 bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa telah melakukan persetubuhan haram dengan individu yang bukan suami atau isteri yang sah dari segi hukum syarak.

Lelaki tersebut adalah duda yang mempunyai empat orang anak manakala tertuduh wanita masih seorang isteri yang telah berkahwin 29 tahun mempunyai lapan orang anak.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Farhana Yaacob

Bukan kali pertama kejadian berlaku di bilik pengurusan jenazah masjid

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh telah melakukan perkara ini berulang kali di bilik pengurusan jenazah masjid berkenaan diantara Januari hingga April 2026.

Kesalahan ini didakwa berlaku antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di lokasi berkenaan dan didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Mereka berdua telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 4 Jun 2026 selepas satu laporan polis diterima berkaitan dakwaan rogol.

SAYS.com
Image via Harian Metro / YouTube

Mawardi mengatakan perkara ini serius kerana masjid yang mempunyai fungsi khusus dalam pengurusan jenazah umat Islam.

"Di sinilah tempat penyucian akhir orang yang mati. Tetapi apa yang berlaku di tempat kejadian ini mendatangkan dosa besar kerana persetubuhan haram dilakukan di tempat berkenaan" katanya.

Bekas siak tersebut juga pernah bertanggungjawab menguruskan persiapan jenazah, manakala wanita tertuduh merupakan pembantu kerja pembersihan di masjid.

Kedua-dua mereka sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat dan mengimarahkan masjid tetapi amanah telah disalahgunakan.

Mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada kedua-dua tertuduh, sebaliknya menjatuhkan hukuman RM5,000 atau penjara 18 bulan jika gagal membayar denda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: